Perbezaan antara semakan "Abdul Rahim Kajai"

tiada ringkasan suntingan
k (kemaskini)
Pada tahun [[1925]] Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan ''Edaran Zaman'' yang berpusat di [[Pulau Pinang]]. Selepas itu beliau berpindah ke akhbar ''Saudara'' pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu beliau menggunakan nama Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera iaitu kampung halaman ibubapanya.
 
Pada tahun [[1931]] beliau menjadi Pengarang untuk akhbar ''Majlis''. Dari situ beliau berpindah pula ke akhbar ''Warta Malaya'' juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, [[Syed Husin al-Sagaf]] kemudiannya menerbitkan dua majalah iaitu ''Warta Ahad'' dan ''Warta Jenaka'' di mana Abdul Rahim telah ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor di dalamnya.
 
Abdul Rahim Kajai pernah juga berkhidmat di [[''Utusan Melayu'']] dan ''Utusan Zaman'' sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah [[''Mustika'']] (sekarang di sebut ''Mastika''). Pada zaman Perang Dunia Kedua, Abdul Rahim bertugas di akhbar ''Berita Malai'' iaitu tahun 1943.
 
Abdul Rahim meninggal dunia pada [[5 Disember]] [[1943]]. Dalam hidupnya beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.
 
[[Kategori: Wartawan Malaysia]]
11,584

suntingan