Palet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Orhanghazi (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 5:
[[File:Steel Pallet.JPG|thumb|right|Palet keluli tergalvani 48" x 40". Palet jenis ini adalah kalis api dan tidak akan berkarat.]]
 
'''Palet''' ({{lang-en|Pallet}}) ialah struktur pengangkut rata yang digunakan untuk mengalas kontena ketika diangkat oleh [[forkliftfoklif]], [[jek palet]] atau [[Jek|alatan jek]] yang lain. Palet ialah asas kepada reka bentuk sebuah [[beban unit]]. Barangan akan diletakkan ke atas sebuah palet dan diikat dengan tali atau filem plastik pembalut regang, atau dimuatkan terus ke dalam kontena mini [[ULD]].
 
Kebanyakan palet klasik diperbuat daripada kayu. Antara bahan lain yang digunakan ialah [[plastik]], [[besi]] dan [[kertas]]. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Baris 11:
[[Pengkontenaan]] telah menggalakkan penggunaan palet kerana [[kontena]] mempunyai permukaan rata dan bersih yang sesuai untuk palet. Kebanyakan palet boleh menampung beban sehingga 1000 kg. Hari ini, lebih daripada setengah bilion palet dikeluarkan setiap tahun dan hampir 2 bilion palet digunakan di [[Amerika Syarikat]] sahaja.
 
Palet membolehkan pemindahan tindanan berat menjadi mudah. Muatan di atas palet boleh diangkut menggunakan [[forkliftfoklif]] pelbagai saiz, atau juga boleh diangkat menggunakan [[jek]] yang dipam dengan tangan. Penggunaan palet juga mengurangkan kos pengendalian dan penyimpanan.
 
Ketiadaan piawaian antarabangsa tunggal untuk palet menjadi salah satu halangan dalam perdagangan antarabangsa. Satu piawai tunggal adalah mustahil dapat dicapai kerana terdapat pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi seperti; melepasi setiap pintu bangunan, muat di dalam kontena piawai, dan mengurangkan kos buruh. Contohnya, sebuah organisasi yang sudah mengendalikan palet yang besar selalunya tidak nampak sebab untuk membayar harga pengendalian yang lebih tinggi dengan menggunakan palet kecil yang boleh melepasi pintu-pintu bangunan.