Perjanjian Inggeris-Siam 1909: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ptbotgourou (bincang | sumb.)
GilliamJF (bincang | sumb.)
k Typo
Baris 14:
 
==Latar belakang perjanjian==
Gabenor Negeri-negeri Selat mendapat nafas baru apabila Pejabat Tanah Jajahan di [[India]] tidak lagi mentadbir [[Negeri-Negeri Selat]]. Sebelum ini Pejabat Tanah Jajahan di India mengabaikan masalah pentadbiran dan perdagangan di Semenanjung Malaysia. Pentadbiran lansung daripada London memudahkan keputusan pentadbiran, politik dan keselamatan dibuat. Ketika BritianBritain merupakan kuasa utama di dunia.
 
Sedangkan Gabenor Negeri-Negeri Selat bimbangkan kemaraan kuasa-kuasa Barat seperti [[Penjajah Jerman|Jerman]] , [[Penjajah Perancis|Perancis]] dan [[Penjajah Amerika Syarikat|Amerika Syarikat]], di samping kuasa sedia ada iaitu [[kerajaan Siam]]. Kuasa-kuasa Barat ini cukup aktif memperluaskan tanah jajahan bagi tujuan [[ekonomi]], [[agama]] dan [[politik]]. Kuasa-kuasa besar ini berebutkan tanah jajahan di seluruh dunia. Seboleh mungkin mereka tidak mahu bergaduh antara satu sama lain. Unsur agama iaitu [[Katolik]] dan [[Protestan]] mendominasi perluasan jajahan ini.