Kapal kontena: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 18:
Kapa kontena direka bentuk dengan tujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang. Kapasitinya diukur dalam '''unit bersamaan dua puluh kaki''' ([[TEU]]), iaitu unit piawai kontena berdimensi 20 × 8.0 × 8.5 kaki (6.1 × 2.4 × 2.6 meter) (panjang × lebar × tinggi). Untuk kontena 40 kaki (12 meter), unit persamaan yang digunakan ialah 2 [[TEU]] atau 1 '''FEU''' (unit bersamaan empat puluh kaki). Kapal kontena yang besar tidak membawa alat-alat pengendalian kontena sendiri, jadi pemunggahan dan pemuatan cuma boleh dibuat di pelabuhan yang dilengkapi [[kren dermaga|kren]]. Bagaimanapun, kapal yang lebih kecil sehingga 2900 TEU selalunya dilengkapi dengan krennya sendiri.
 
Sering digelar "bot kotak" (''box boats''), kapal kontena mengangkut majoriti kargo kering (''dry cargo'') atau barangan kilang di dunia. Kargo seperti besi, arang batu atau gandum diangkut oleh [[kapal kargo pukal]]. Terdapat banyak kapal-kapal besar yang melayari laluan perdagangan laut yang dimiliki oleh [[syarikat perkapalan]] utama, dan terdapat juga kapal-kapal yang dikenali sebagai "kapal penghantar" (''feeder ship'') yang lebih kecil digunakan untuk menghantar kontena kepada kapal-kapal besar melalui hab [[pemindahan]] di [[pelabuhan]]. Kebanyakan kapal kontena dikuasakan oleh [[enjin diesel]] dan mempunyai anak kapal antara 20 dan 40 orang. Ia biasanya mempunyai blok kediaman yang besar di bahagian belakang berhampiran bilik enjin. Pada masa kini, kapal kontena mampu membawa sehingga 15,000 TEU dalam satu pelayaran. Kapal kontena terbesar di dunia ialah [[Emma Mærsk|M/V ''Emma Mærsk'']] yang memiliki kapasiti 15,212 TEU.<ref>[http://www1.axsliner.com/WWW/research_files/EMMA_MAERSK_capa_estimate.pdf Emma Maersk (PDF)]</ref>
 
Pada tahun 2008, pembina kapal dari [[Korea Selatan]], STX mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal kontena yang mampu membawa sehingga 22,000 [[TEU]],<ref>{{cite web| title =STX reveals design for world's largest containership | publisher =SeaTrade Asia | month =May | year =2008 | url =http://www.seatradeasia-online.com/News/2668.html | accessdate =2008-09-10 }}</ref> dengan dimensi cadangan, 450 meter panjang dan 60 meter lebar.<ref>{{cite web| title =STX ponders 20,000 TEU boxship | publisher =Turkish Maritime | month =May | year =2008 | url =http://www.turkishmaritime.com.tr/news_detail.php?id=859 | accessdate =2008-09-10 }}</ref> Jika siap dibina, kapal kontena ini akan menjadi kapal laut terbesar di dunia.<ref>{{cite news| last = |first = |coauthors = |title =New designs on the world's biggest container ships | work =Shipping Times | pages = | publisher =Shipping Times UK | date =2008-05-28 | url =http://www.shippingtimes.co.uk/item_10082.html | accessdate =2008-09-10 }}</ref>