Perbezaan antara semakan "Gunung Benom"

12 bait ditambah ,  12 tahun lalu
 
==Pendakian==
Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri [[Pahang]] selepas [[Gunung Tahan]] dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung [[Malaysia]] . [[Banjaran]] Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah [[Jerantut]] dan daerah [[Raub]]. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di [[Raub]], dari Kampung Ulu Cheka di [[Jerantut]] dan dari perkampungan [[orang Asli]] di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi [[Kampung Ulu Cheka]] di sebelah [[Jerantut]]. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun [[Lata Berumbum]].
 
Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah [[Mukim]] Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.
Pengguna awanama