Wollongong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: af:Wollongong; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Wollongong''' adalah kota terbesar ketiga di [[Australia]] bahagian [[New South Wales]] selepas [[Sydney]] dan [[Newcastle]]. Wollongong terletak 80 kilometer sebelah selatan Sydney di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama [[Illawara]]. Wollongong mempunyai keluasan sebesar 684 km² dan penduduknya yang berjumlah 274.072 jiwa (2004).
 
Menggunakan kereta api dari [[Sydney]], pengguna dapat sampai ke Wollongong dalam masa 90 hingga 120 minit. Menggunakan kenderaan peribadi seperti (kereta), dari Sydney ke Wollongong memakan masa kira-kira waktu 70 hingga 90 minit.
 
Wollongong memiliki sebuah universiti ([[University of Wollongong]]), dua buah katedral, pelbagai gereja yang mempunyai pelbagai aliran, dan juga memliki tokong Buddha terbesar di selatan dunia ([[Tokong Nan Tien]]) yang menjadi tarikan utama di Wollongong.
Baris 7:
Disebut juga "The Gong", kota ini merupakan kota pertambangan dan industri yang memiliki tambang batu bata, fabrik besi, dan pelabuhan industri.
 
== Geografi ==
[[ImejFail:PantaiWollongong.jpg|thumb|250px|Pantai Wollongong]]
Kota Wollongong mempunyai geografi yang istimewa. Kota ini terletak di daerah pesisiran yang sempit yang dibatasi oleh [[Lautan Pasifik]] di sebelah timurnya dan pegunungan batu yang disebut [[Illawarra escarpment]] di sebelah baratnya. Daratannya paling luas di daerah selatan dan paling sempit di daerah utara.
 
Baris 15:
Pegunungan batu di Wollongong tingginya kira-kira antara 150 - 750 meter di atas permukaan laut. Beberapa gunung yang terkenal ialah Mount Keira, Mount Kembla, Broker's Nose dan Mount Murray.
 
Di daerah Wollongong terdapat banyak pantai. Ciri-ciri pantai-pantai ini adalah pasirnya yang berwarna emas pucat. Di sebelah selatan kota Wollongong berdekatan Port Kembla, terapat lima buah pulau yang terkenal dengan nama "The Five Islands". Pulau terbesarnya adalah Gang-man-gang Island. Pulau-pulau ini digunakan sebagai kawasan pemeliharaan flora dan fauna liar.
 
Sebuah tasik air laut bernama Lake Illawara dapat ditemukan di sebelah selatan kota ini. Di sebelah utara tasik ini adalah Port Kembla, pelabuhan yang telah diperbesar oleh galian manusia dan pembaikan.
 
== Sejarah ==
Daerah ini pada mulanya didiami oleh orang Dharwal (atau Turuwal) (orang asli Australia). Orang Eropah yang pertama kali berkunjung ke daerah ini adalah ahli pelayaran, George Bass dan Matthew Flinders yang berlabuh di Lake Illawara pada tahun 1796. Orang pertama yang masuk dan tinggal di daerah ini adalah pemotong kayu Sedar di awal abad ke-19. Berikutnya adalah peternak pada tahun 1812.
 
Ahli pelayaran, George Bass pertama kali mendokumentasikan kewujudan gunung berapi di Illawara pada tahun 1797. Letusan gunung berapi terbesar di Australia terjadi pada tahun 1902 di Gunung Berapi Mount Kembla. Letusannya mengorbankan 94 orang lelaki dan kanak-kanak lelaki. Korban termuda berumur 14 tahun, korban tertua 69 tahun. Dua orang lelaki meninggal dunia ketika berusaha menyelematkan orang-orang yang masih hidup.
 
Industri berat tertarik pada daerah ini kerana kewujudan gunung berapi. Pada tahun 1028 di Hoskins, yang kemudian disebut Australian Iron & Steel, memulakan
kerja-kerja mengimpal besi di Port Kembla, beberapa kilometer di sebelah selatan Wollongong.
BHP Billiton (yang dulunya Broken Hill Proprietary Company) membeli AI&S pada tahun 1934 tetapi kemudiannya memisahkan pembahagian syarikat kimpalan besinya kepada syarikat yang lain yang dikenali dengan nama BlueScope Steel.
Baris 30:
Pada waktu kini, aktiviti ekonomi utama daerah ini adalah industri besar, perguruan tinggi, seni, pelancongan, dan perumahan.
 
== Iklim ==
Suhu rata-rata di musim sejuk adalah 17 darjah S dan musim panas 27 darjah S. Tadahan hujan terbanyak pada bulan Februari hingga Jun.
 
== Media ==
Wollongong dan daerah Illawara memiliki tiga stesen televisyen swasta - WIN Television, Prime, dan Southern Cross Ten. Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan Special Broadcasting Service (SBS) juga disiarkan di Wollongong.
 
Baris 40:
Wollongong mempunyai satu surat khabar harian, Illawara Mercury, dan beberapa surat khabar masyarakat.
 
== Pusat Beli-Belah ==
Ada beberapa pusat beli-belah di daerah Wollongong, diantaranya:
 
Baris 48:
* Stockland Shellharbour
 
== Tarikan Pelancong ==
[[ImageFail:TamanBotanikWollongong.jpg|right|230px|thumb|Taman Botanik Wollongong]]
* [[Tokong Nan Tien]] - Rumah ibadat terbesar di selatan bumi .
* [http://botanicgarden.wollongong.nsw.gov.au/ Wollongong Botanic Garden] - Taman botanik Wollongong, dekat [[Universiti Wollongong]].
 
== Lihat pula ==
* [[Universiti Wollongong]].
* [[Kiama]].
* [[Tokong Nan Tien]].
 
== Pautan luar ==
*{{en}} [http://www.wollongong.nsw.gov.au/ Situs web resmi Pemerintah Kota Wollongong]
*{{en}} [http://www.tourismwollongong.com/ Tourism Wollongong]
Baris 65:
[[Kategori:Bandar di Australia]]
 
[[af:Wollongong]]
[[id:Wollongong]]
[[cs:Wollongong]]