Perbincangan:Florence Nightingale: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Nerake (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:

Sebenarnya jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti rencana yang ditulis, anda boleh memperbaikinya atau mempebetulkan maklumat mengenainya. Kritikan anda yang keterlaluan langsung tidak membantu dalam mengembangkan Wikipedia Bahasa Melayu secara khususnya dan bahasa melayu sendiri secara amnya. Anda kena fikirkan semua artikel yang ditulis disini ialah secara sukarela. Jadi anda tidak boleh menyalahkan si tukang tulis rencana. Daripada anda mengkritik rencana ini lebih baik anda menolong mengemaskan rencana ini. Bukankah itu lebih baik? Dengan itu bahasa melayu menjadi lebih baik. Anda boleh mengkritik tetapi anda tidak boleh menghina orang lain. — [[Pengguna:Master2841|Master2841]] 16:39, 10 April 2006 (UTC)

'''Master2841,'''

Komen pembaca tidak membantu dalam mengembangkan Wikipedia BM? Nampaknya, hasrat Master2841 hanya ingin mengembangkan Kuantiti tanpa mengambil kira '''KUALITI''' karya. Jika setiap artikel saya baca dan saya juga mengubahnya, saya akan tersinggung jika karya tersebut dikembalikan ke versi sebelumnya tanpa sebab yang kukuh. Lagipun pengarang artikel ini adalah penyelia berpengalaman manalah saya layak menyunting kan? Jika artikel tersebut dikembalikan ke versi sebelumnya, tersia-sialah usaha saya pula.

Adakah penulis sukarela tidak patut dikritik? Kalau begitu bolehlah penulis sukarela menulis apajua artikel tanpa mengambil kira kualiti. Penulis sukarela juga berhak menyeleweng tanpa teguran? Adakah hasil karya penulis sukarela mendapat kedudukan istimewa dalam bidang karya? Adakah apajua hasil karya penulis sukarela perlu disunjung tinggi?

Menghina? Tak pernah muncul dalam mindaku, seolah-olah terlupa kosa kata ni. Siapa yang rasa terhina? Mereka yang tidak sanggup menerima kritikan orang. Mereka yang tak sanggup menerima hakikat. Mereka yang tak sanggup memperbetulkan kesilapan. Mereka yang tak sanggup memajukan hasilan. Mereka yang tak sanggup korban demi kejayaan.[[Pengguna:Nerake|Nerake]] 14:00, 12 April 2006 (UTC)

Sebenarnya saya tiada niat hendak mengesyorkan niat-niat tertentu. Malah jika dilihat, banyak ciptaan dari orang Cina, Arab, India dan lain-lain diketepikan begitu sahaja dan seolah-olah Barat yang menciptanya. Kini sejarah sebenar telah dibongkar seperti pelayaran Cheng Ho, dll. Saya hanya menulis apa yang sebenar, tidak kisahlah orang Cina ke, orang India ke. Kalau mereka orang yang pertama, saya akan tuliskan. Contohnya, Gutensberg dikatakan mencipta pencetak huruf atur yang pertama, tetapi kini saya baru tahu orang Cina telah menciptanya lebih awal lagi. Jangan tertipu dengan Wiki BI. Jika anda menulis pekara benar, itu lebih baik dari seribu perkara bohong. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] 00:40, 12 April 2006 (UTC)

'''Yosri,'''

Memang benar kata-kata anda. Terdapat banyak ciptaan telah dicipta pada masa dahulu memang bukan oleh orang Barat tetapi kebanyakannya memang diperbaiki dan dipermajukan oleh orang Barat adalah tidak dapat dinafikan. Biasanya jasa pencipta digelapkan tetapi jasa memajukan dan memperbaiki dilihat orang ramai, ini memang lama dipraktikan. Contohnya camera berdigit. Kebanyakan orang akan terpikir CANON, Jepun. Tetapi siapa pula sedar akan camera berdigit peringkat pengguna '''pertama''' adalah sumbangan ''"Apple QuickTake 100 Camera"''? Siapa pula pernah lihat camera berdigit APPLE sekarang?

Pelayaran Cheng Ho disahkan sebagai pelayar dunia pertama baru-baru ini, merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan pada ketika ini (Mungkin orang lain pulak pada masa depan, tunggulah ahli sejarah sedang mengkaji, banyak lagi belum dijumpai). Tetapi SIAPA yang membongkarkan? SIAPA yang membuat kajian? SIAPA yang mengumumkan perjumpaian ini? Orang Barat juga. Mereka tidak menafikan malah menerima hakikat ini.

Biar kita kembali ke komen saya. Komen saya adalah '''penyelewengan tajuk'''. Katakanlah, artikel ini serta tajuknya dihantar dan disemak oleh Cikgu sekolah menengah, katakan pemeriksa SPM. Apakah komennya? Berapa markah akan diberi? Adakah ia dikatagorikan dalam ''karangan menyeleweng''? Setiap pembaca akan menilai setiap artikel yang dibaca dengan sewajarnya.

Biar kita rujuk balik komen pertama oleh "Harap Maklum",
**"...mengapa letakkan cerita orang lain pula?... "

Komen kedua oleh ColJames

**"...perenggan Al-Razi tidak ada kaitannya dengan rencana Florence Nightingale..."

Ada komen yang menyatakan perenggan itu berkenaan dengan tajuknya? Malah ''Harap maklum'' telah mencadangkan TAJUK yang '''lebih sesuai''' untuk tokoh Al-Razi.

Dalam artikel ''Florence Nightingale'' versi B.Inggeris, ia '''tidak menuntut''' bahawa beliau merupakan orang '''pertama''' yang mementingkan kebersihan hospital tetapi jasa-jasa, kehidupan peribadi beliau termasuk syakian sebagai seorang lesbian. Jika terdapat jasa-jasa beliau yang tidak sah atau tidak betul, tegurkan dalam laman tersebut. Anda juga boleh menulis artikel mengenai tokoh Al-Hazi dengan jasa-jasa, usaha-usaha, pengaruh-pengaruh serta hidup peribadi beliau tanpa larangan, tetapi jangan menyeleweng.

Apa yang ditulis bukan sahaja dibaca oleh rakyat Malaysia tetapi orang dari seluruh '''dunia''' yang memahami B.Melayu. Mereka yang memahami B.Melayu bukan sahaja rakyat Malaysia, Indonesia tetapi juga orang-orang dari seluruh dunia. Imej negara bukan sahaja dari rakyatnya sahaja tetapi juga '''hasil karya'''. Tolonglah jangan imej bahasa, imej negara. [[Pengguna:Nerake|Nerake]] 14:00, 12 April 2006 (UTC)

Kembali ke laman "Florence Nightingale".