Si Tanggang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Gombang (bincang | sumb.)
k →‎Pautan luar: kemaskini tanggal
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Si Tanggang''' (atau dieja "Si Tenggang") ialah sebuah [[cerita dongeng masyarakat Melayu]] yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhakai [[ibu]]nya, dan akhirnya bertukar menjadi [[batu]] kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul [[Tuhan]].
 
Ia digunakan dalam buku teks sekitar 1960-an berdasarkan karya Abdul Samad Ahmad 1955 <ref>[http://books.google.com.my/books?id=XqAaAAAAMAAJ&q=tenggang+1955&dq=tenggang+1955 Malayan library journal By Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu.]</ref>. Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya '''[[Malin Kundang]]''' atau '''Malim Kundang''' ([[Minangkabau]]) dan '''Nakhoda Manis''' ([[Brunei]]). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama.
 
Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran [[Islam]] yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.