Royalti minyak Petronas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Baris 4:
 
[[Peguam]] Cecil Abraham, yang mewakili Petronas, berhujah bahawa ini adalah kes yang sesuai bagi mahkamah untuk menentukan isu perundangan tertentu, yang dibangkitkan dalam kenyataan tuntutan kerajaan negeri Terengganu.
 
==1999==
Perubahan dasar kerajaan berlaku apabila [[PAS]] berjaya menumbangkan kerajaan [[Barisan Nasional]] dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]] . Royalti minyak 5 % diganti dengan DKPP (wang ehsan) mulai 5 September 2000 . Apabila Barisan Nasional berkuasa semula di [[Terengganu]] . [[Menteri Besar Terengganu]] , Datuk [[Idris Jusoh]] tidak membangkitkan isu royalti minyak .
 
==2008==
Pada 20 April 2008 , [[Menteri Besar Terengganu]] Datuk [[Ahmad bin Said (Menteri Besar Terengganu)|Ahmad Said]] meminta Kerajaan Persekutuan [[Malaysia]] menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri Terengganu.
 
Kementerian Kewangan menyalurkan [[Wang Ehsan]] terus kepada kementerian berkaitan tanpa pengetahuan kerajaan negeri Terengganu.Terlalu banyak pihak yang menguruskan royalti minyak kerana ia wang ehsan yang tidak memenuhi kehendak rakyat Terengganu sendiri. Rakyat Terengganu hendaklah didahulukan ketika pelaksanaan royalti minyak.<ref>[http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=328032 Ahmad Said Minta Kerajaan Pusat Serah Kembali Royalti Minyak]</ref>
Baris 17 ⟶ 18:
 
==Janji Pakatan Rakyat==
Pada April 2008, dalam satu ucapan di [[Kampung Baru]], [[Kuala Lumpur]] Penasihat [[PKR]] Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] berjanji kepada rakyat [[Sabah]] dan [[Sarawak]] bahawa jika [[Pakatan Rakyat]] berkuasa, royalti minyak kepada negeri-negeri tersebut akan dinaikkan kepada 15 % . Janji ini dibuat agar ahli parlimen [[Barisan Nasional]] dari [[Malaysia Timur]] dapat menerima PR atau Pakatan Rakyat dan pada masa yang sama dapat membangunkan Sabah dan Sarawak kerana kerajaan BN sebelum ini gagal dalam membangunkan kedua-dua negeri tersebut.
 
[[Tuntutan 20 Perkara Sabah]] turut menyentuh royalti minyak kepada negeri tersebut.
 
==Misteri kehilangan royalti minyak==
Pada 22 Mei 2008, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah [[Kuala Terengganu]]. Mohd Fauzi Abu Samah selaku ketua Mampat mempersoalkan 'kehilangan' RM3 bilion royalti [[Terengganu]]. Jika royalti tersebut digunakan untuk membina [[Menara Petronas]], [[Litar Sepang]], [[Putrajaya]] dan lain-lain , maka rakyat [[Terengganu]] perlu dimaklumkan dan mendapat faedah langsungnya.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk [[Amirsham Aziz]] mendedahkan di [[Dewan Rakyat]] bahawa negeri [[Terengganu]] menerima RM7.3 bilion daripada [[Petronas]]. Tetapi [[Menteri Besar Terengganu]], Datuk [[Ahmad bin Said (Menteri Besar Terengganu)|Ahmad Said]] menjelaskan bahawa [[Terengganu]] hanya menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004 - 2008. Kerajaan negeri Terengganu hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun.
 
Pada April 2008 , [[Ahmad bin Said (Menteri Besar Terengganu)|Ahmad Said]] menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada [[Terengganu]] daripada kerajaan persekutuan. Sejak [[PAS]] memerintah Terengganu pada 1999, wng ini ditadbir oleh kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "[[Wang ehsan]]". <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/83282 Siasat 'kehilangan' RM3b royalti T'ganu]</ref>
 
==2009==
Pada 15 April 2009, Menteri Besar Datuk Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu memnbangkitkan isu royalti minyak Terengganu. Terengganu telah menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut daripada kerajaan Persekutuan antara November 2008-April 2009.
 
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara dan daripada jumlah itu hanya RM102 juta dibelanjakan untuk projek itu di Terengganu. SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta dengan kerajaan negeri Terengganu manakala tuntutan untuk wang royalti yang dijadikan dana khas untuk negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta. Terengganu juga menuntut menuntut wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang digunakan oleh kementerian-kementerian lain. Royalti itu akan digunakan untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=404406 Terengganu Terima RM650 Juta Wang Royalti Minyak]</ref><ref>[http://www.malaysiakini.com/news/102461 T'ganu tuntut lagi RM2.6b wang minyak]</ref>
==Rujukan==
 
Kelantan turut menuntut [[royalti minyak Kelantan|royalti minyak]].
 
==Rujukan==
{{reflist}}