Buka menu utama

Perubahan

24 bait ditambah ,  10 tahun lalu
k
bot menambah: hi:गीज़ा; perubahan kosmetik
[[ImejFail:Giza-2small.jpg|right|thumb|Kompleks Piramid Giza]]
 
Kawasan '''Giza''' atau '''El Giza''' atau dikenal juga '''Gizeh''' atau '''El Gizeh''' ('''Al Jizah''') adalah kawasan yang terletak di berhampiran [[Kaherah]] ([[Mesir]]), [[piramid]]-piramid yang ditemui disini adalah kategori terbesar dibandingkan dengan piramid lain yang ada di bumi.
 
== Jumlah Piramid ==
[[ImejFail:Egypt.giza.sakkara.jpg|right|thumb|Peta Giza]]
 
[[Piramid Giza]] atau ''piramid agung'' yang terbentang di padang pasir bersuhu lebih dari 35 darjah [[Celsius]] itu terdiri atas 3 Piramid besar bersama satu buah [[Sphinx]]. Ketiga-tiga piramid itu adalah Khufu ([[Cheops]]), Khafre (Rakhaef/[[Chephren]]) dan Menkaure ([[Mycerinus]]) dan ditambah lagi tiga piramid kecil. Setiap piramid Khufu, Khafre dan Menkaure memiliki kesamaan dalaman. Terdapat ruang raja, ruangan permaisuri, pintu terowongan (yang berdiameter suku meter dengan panjang 40 meter).
 
== Keanehan ==
[[ImejFail:Giza satellite view.jpg|right|thumb|Foto Satelit Kompleks Piramid Giza ]]
 
Kompleks Piramid Giza yang dibina oleh masyarakat [[Mesir purba]] sekitar 5000 tahun yang lalu memiliki keluasan yang boleh disamakan antara jarak dari [[St. Peter]] ([[Rom]]), [[Katedral Florence]] ([[Milan]]) hingga ke [[St. Paul]] ([[London]]). Dipercayai apabila batu-batu di Piramid Giza disatukan, kesemuanya mampu membuat tembok setinggi 3 meter dengan ketebalan 0.3 meter yang boleh mengelilingi seluruh [[Perancis]].
 
[[ImejFail:Orion 2000.jpg|right|thumb|Peta Bintang Orion yang dijadikan panduan kompleks piramid Giza]]
 
Jika dibandingkan dengan ''[[Empire State Building]]'' di [[New York]], piramid ini 30 kali ganda lebih besar malah boleh dilihat dari [[bulan]] tetapi masyarakat [[Mesir purba]] telah membinanya sendiri dalam waktu 30 tahun. Terdapat banyak pendapat tentang kaedah memindahkan batuan dan menyusunnya menjadi ke atas untuk piramid yang tinggi (ada pakar mengatakan mereka membuat struktur lereng atau ulir seperti pada skru yang kemudian dikapur dengan batu kapur pada lapisan luar. Ada juga yang menyatakan bahawa batu-batu tersebut adalah hasil [[tuangan]]), pembinaan yang tepat serta [[pusat jisim]]nya. Pendapat yang pelbagai muncul hingga timbul pendapat yang mengatakan bahawa Piramid dibina oleh [[UFO]] dengan mengkaitkannya dengan gambaran ''piramid'' di [[Marikh]]. Ada lagi yang berspekulasi bahawa piramid dibina oleh manusia zaman akan datang yang terdampar di masa dahulu. Didapati juga piramid berhubungan dengan buruj [[Orion]] ditinjau dari piramid Giza dan [[Piramid Maya]] turut diyakini mempunyai kedudukan yang sama berdasarkan buruj Orion. Selain itu, dipercayai juga terdapatnya ruang di bawah [[Sphinx]] (yang dinamakan ''Hall off Records'') yang merupakan kunci rahsia menuju ''[[Zep Tepi]]'' iaitu suatu zaman keemasan masa dahulu ketika Piramid Giza ini dibina.
 
[[ImejFail:Giza-orion2.jpg|right|thumb|Piramid Giza]]
 
Menurut penelitian dari para cendekiawan dan ahli [[arkeologi]], bahan asal pembuatan piramid diambil dari beberapa tempat. Contohnya, [[batu kapur]] dari [[Tura]], [[granit]] dari [[Aswan]], [[tembaga]] dari [[Sinai]] dan [[kayu]] untuk peti dari [[Lubnan]] yang kesemuanya diangkut melalui [[Sungai Nil]]. Kemudian buruh-buruh pekerja secara puratanya meningal pada usia muda antara 30 tahun kerana mengalami kecederaan [[tulang belakang]] disebabkan membawa beban yang sangat berat. Kebelakangan dekad ini, para pengkaji turut menemui kaedah dan peralatan pertolongan cemas bagi buruh yang cedera di tapak sekitar komplek ini.
[[gl:Giza - الجيزة]]
[[ko:기자 (이집트)]]
[[hi:गीज़ा]]
[[hr:Giza]]
[[it:Giza]]
75,606

suntingan