Kuala Sungai Baru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: nl:Kuala Sungai Baru
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kuala Sungai Baru''' merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah [[Alor Gajah]], [[Melaka]], [[Malaysia]]. Kuala Sungai Baru merupakan sebuah bandar kecil di utara [[Melaka]], bandar ini dikira bersempadanan dengan [[Port Dickson]], [[Negeri Sembilan]]. Bandar ini dihuni dalam 10,000 orang yang kebanyakan nya adalah berasal dari Melaka, tetapi ada juga dikalangan penduduk yang berhijrah dari seluruh pelusuk malaysia yang datang berkerja di sektor awam dan juga sektor swasta.
 
Bandar Kuala Sungai Baru juga berdekatan dengan Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan juga Bandar Masjid Tanah. Di Bandar Kuala Sungai Baru, mempunyai 2 institusi pendidikan yang terkenal di malaysia dan dunia iaitu, Akademi Laut Malaysia (ALAM)dan juga KOLEJ TEKNOLOGIUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA (KTIAMKUIM). kedua-dua institusi ini merupakan institusi yang sangat penting bagi pelajar-pelajar di [[Malaysia]]. Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan institusi milik petronas, kebanyakan pelajar yang belajar di sini merupakan pelajar-pelajar yang telah diberikan biasiswa daripada petronas, akan tetapi ada juga pelajar yang membiayai sendiri.
 
KOLEJ TEKNOLOGIUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MELAKA (KTIAMKUIM) merupakan kolejKolej islamIslam milik kerajaan negeri melaka, pelajar-pelajar nya juga mendapat pinjaman daripada kerajaan negeri melaka dan institusi kerajaan negeri. dikawasan ini, mempunyai banyak jabatan-jabatan kerajaan seperti Balai Polis, Klinik Kesihatan, jabatan Mardi, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia(APMM), Sekolah Menegah Kebangsaan Rahmat, Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lien Seng dan berbagai lagi.
 
Bandar ini bakal menjadi sebuah bandar moden seperti bandarraya Melaka kerana banyak kawasan perumahan baru telah dibuka antaranya Taman Desa Bayu, Taman Seri Gamelan, Taman Seri Kuala, dan berbagai taman perumahan yang telah tumbuh bagaikan cendawan.