Mark Twain: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SpBot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: jbo:mark.tuein
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: tl:Mark Twain; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail:MarkTwain_ms.jpg|thumb|250px|Mark Twain]]
: ''Untuk maklumat lanjut mengenai karya Mark Twain, sila lihat: [[Karya Mark Twain]]''.
 
'''Mark Twain''' ialah nama pena yang digunakan oleh '''Samuel Langhorne Clemens''' ([[30 November]] [[1835]] – [[21 April]] [[1910]]), seorang penulis [[satira lucu]], pengarang [[novel]], serta pensyarah [[Amerika Syarikat]] yang termasyhur. Karya-karyanya masih sangat disukai ramai pada hari ini. Kemahiran Clemens dalam penulisan [[bahasa percakapan]], berdasarkan tema Amerika Syarikat dan dan bahasa basahannya, telah mencipta dan mempopularkan sebuah [[kesusasteraan Amerika Syarikat]] tersendiri. Pada tahun 1907, beliau dianugerahkan gelaran [[doktor kehormat]] LLD (''Doctor of Letters'') oleh [[Universiti Oxford]].
 
 
== Masa muda ==
Dilahirkan di [[Florida, Missouri]] kepada pasangan John dan Jane Clemens, Samuel ialah anak ketiga dalam sekeluarga empat adik-beradik yang hidup. Sewaktu beliau berumur empat tahun, keluarganya berpindah ke [[Hannibal, Missouri]], sebuah bandar sungai, kerana mengharapkan perubahan nasib. Adalah daripada sumber serta penduduk-penduduk bandar ini bahawa Samuel memperoleh bahan-bahannya untuk menciptakan karya-karyanya yang termasyhur, khususnya novel "[[Pengembaraan Tom Sawyer]]" (1876).
 
Bapa Samuel mati pada tahun 1847 dengan meninggalkan banyak hutang. Tidak lama kemudian, abang sulungnya, Orion, memulakan sebuah penerbitan [[akhbar]] dan Samuel yang ketika itu hanya berumur 12 tahun menjadi pencetaknya dan sekali-sekala juga merupakan pengarangnya. Samuel juga mencari nafkah sebagai pencetak di [[Saint Louis, Missouri|St. Louis]] dan [[Bandaraya New York]].
Baris 12:
Bagaimanapun, tarikan [[Sungai Mississippi]] kemudian menyebabkan Samuel Clemens menjadi seorang malim [[bot api]], satu pekerjaan yang ingin dijadikannya kerjaya seumur hidup, seperti yang tertulis dalam karyanya, "[[Kehidupan di Mississippi]]" (1883). Di sungai ini, Clemens bertemu dengan pelbagai jenis watak, termasuk seniman panggung, kaki judi, pendeta dan penjahat. Beliau mengatakan bahawa pendedahan itu amat membantu dalam pengarangan karyanya. Bagaimanapun, permulaan [[Perang Saudara Amerika Syarikat]] dan kemunculan landasan [[kereta api]] menamatkan lalu lintas komersil bot api pada tahun 1861, dan beliau terpaksa mencari punca pendapatan yang lain.
Selepas bertugas dengan tentera awam tempatan buat suatu tempoh yang singkat (suatu pengalaman yang diceritakan dalam cerpennya, "Sejarah Sulit Kempen yang Gagal" (''The Private History of a Campaign That Failed'') pada tahun 1885), Clemens menjauhi diri daripada sebarang penglibatan lanjut dengan perang tersebut. Beliau kemudian mengikut Orion ke [[Bandaraya Virginia]] di barat pada Julai 1861 ketika abangnya dilantik sebagai setiausaha gabenor wilayah [[Nevada]].
 
== Kerjaya sastera ==
Selepas ketibaanya di Nevada, Clemens menjadi [[pelombong]] [[Logam perak|perak]] di [[Comstock Lode]] kerana mengharap-harapkan kekayaan. Kegagalannya dalam usaha perlombongan memaksa Clemens pulang ke Virginia City dan bertugas untuk ''Territorial Enterprise''. Di syarikat ini, Clemens menggunakan nama pena "Mark Twain" buat pertama kali. Pada tahun 1864, beliau berpindah ke [[San Francisco]] dan mengarang untuk beberapa syarikat surat khabar di sana.
 
Baris 25:
Pada tahun 1869, Clemens menetap di [[Buffalo, New York]] sewaktu menjadi pemilik berkongsi untuk sebuah surat khabar, dan pada tahun berikutnya, berkahwin dengan Olivia Langdon. Perkahwinan itu mengurniakan Clemens dengan empat cahaya mata: Langdon, Susy, Clara, and Jean. Langdon mati pada 1872, dan tiga anak yang lain itu dilahirkan antara 1872 dan 1880. Pada tempoh ini, Clemens memberi syarahan di Amerika Syarikat dan [[England]].
 
Walaupun Clemens memulakan kerjayanya sebagai pemuisi lucu, pada akhirnya, beliau menjadi pengkritik yang suram dan karut terhadap masyarakat Amerika Syarikat. Clemens sering membabadkan megah diri, kepura-puraan dan pembunuhan yang dilakukan oleh manusia. Pada pertengahan kerjayanya, Clemens menggabungkan kelucuan yang kaya, naratif yang beria-ria, dan kritikan sosial dengan cara yang hampir tiada tandingan dalam kesusasteraan dunia.
 
Clemens amat terpesona terhadap [[sains]] dan penyelidikan saintifik. Beliau menghabiskan banyak masa bersama-sama dengan [[Nikola Tesla]], seorang [[Serbia]] yang dianggap sebagai [[ahli sains]] yang termasyhur dalam [[sejarah teknologi]] sewaktu itu. "Yanki Connecticut di Istana Raja Arthur" (''A Connecticut Yankee in King Arthur's Court'') menonjolkan seorang penggembara dari Amerika Syarikat pada zaman Clemens yang menggunakan pengetahuan sainsnya untuk memperkenalkan teknologi moden kepada England pada zaman Raja Arthur. Clemens juga mempatenkan suatu pembaik tali pengikat pakaian yang dapat dilaras serta dipasang tanggal.
 
Clemens merupakan tokoh utama dalam "Liga Anti Imperialis Amerika" yang membangkang pengilhakan [[Filipina]] oleh Amerika Syarikat. Beliau juga mengarang mengenai politik dalam buku bukan fiksyennya, "Kehidupan di Mississippi".
 
== Hayat kemudian ==
[[ImejFail:Twain dan rogers.jpg|260px|right|thumb|Mark Twain dan Henry Huttleston Rogers pada tahun 1908]]
 
Nasib Clemens kemudian merosot. Dalam tempoh akhir kehidupannya, Clemens merupakan seorang yang amat murung, tetapi masih berupaya. Bayi lelaki tunggalnya yang sakit sejak kelahiran telah mati ketika Clemens membawanya keluar berjalan-jalan tanpa menutupi kereta kuda pada suatu hari yang amat panas. Anak perempuan yang paling disayanginya mati sewaktu Clemens menyampaikan siri syarahan di [[Australia]]. Selepas melahirkan empat anak, isterinya sentiasa sakit. Akhirnya, Clemens hilang isterinya, Olivia Langdon, serta tiga daripada empat anak sebelum kematiannya sendiri pada tahun 1910.
 
Syarikat surat khabar Clemens juga mengalami masa susah. Pembelian pengatur huruf menyebabkan kerugian sebanyak beribu-ribu dolar sewaktu pembekal tidak menyiapkannya. Selain itu, Clemens juga mengalami kerugian pendapatan [[royalti]] daripada buku-buku yang telah diciplak sebelum beliau dapat menerbitkannya. Akhirnya, syarikat surat khabarnya ditutup dan Clemens mengisytiharkan kemuflisan pada tahun [[1894]] dengan hutang yang melebihi AS$100,000.
Baris 49:
Taft mungkin tidak sedar tentang karya ''1601'' yang diceritakan dalam rencana [[Karya Mark Twain#Pengharaman karya|Karya Mark Twain]].
 
== Pautan luar ==
{{Commons|Mark Twain}}
 
Baris 55:
*[http://www.marktwainhouse.org/ Rumah Mark Twain di Hartford, CT]
*[http://www.marktwainmuseum.org/ Rumah Mark Twain semasa budak-budak di Hannibal, MO]
*[http://www.hannibal.net/twain/ The Hannibal Courier Post] — Penglihatan terhadap Kehidupan dan Karya Mark Twain
*[http://www.pbs.org/marktwain/ Mark Twain: Dikenali oleh Semua Orang - Disukai oleh Semua], sebuah filem [[Ken Burns]] yang ditayangkan dalam [[PBS]].
*[http://faculty.quinnipiac.edu/libraries/tballard/mtpilgrimages.htm Lawatan-lawatan Sastera - tapak Mark Twain]
Baris 134:
[[fi:Mark Twain]]
[[sv:Mark Twain]]
[[tl:Mark Twain]]
[[ta:மார்க் டுவெய்ன்]]
[[th:มาร์ก ทเวน]]