Beserah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jh6162 (bincang | sumb.)
Jh6162 (bincang | sumb.)
Baris 10:
[[en:Beserah]]
 
Asal usul nama "BESERAH"
 
Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah" sehingga sekarang.
 
Beserah adalah sebuah desa nelayan dan dikenali sebagai pengeluar dan pembekal berbagai produk hasil dari laut contohnya ikan masin. Tapi apa yang banyak orang tidak tahu satu teknik yang sangat unik dari nelayan Beserah adalah mereka menggunakankan kerbau (yang tidak biasa dilihat ditepi pantai kerana mereka selalu digunakan untuk menggembur petak sawah atau untuk menarik pedati berat ), untuk pemunggahan ikan dengan perahu ke tempat pendaratan ikan. Beserah terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan.Perusahaan kain batik dan perusahaan kecilan kraftangan dari kerang laut dan tanaman tempatan (kelapa) dapat ditemui di Beserah.