Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

1 bait ditambah ,  12 tahun lalu
==Peperangan dan Tengku Kudin==
 
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1867, [[Tengku Kudin]] dari Kedah berkahwin dengan salah seorang puteri daripada keluarga diraja Selangor dan [[Sultan Abdul Samad]] melantik Tengku Kudin sebagai pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahdi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu Raja Ismail. Raja Abdullah kemudiannya meninggal dunia. Kehilangan Raja Abdullah diganti dengan kehadiran [[Yap Ah Loy]], seorang rakan Tengku Kudin serta kapitan [[Cina]] yang berpengaruh yang telah bertanggungjawab membangunkan [[Kuala Lumpur]]. Dengan itu, Tengku Kudin, Raja Ismail dan Yap Ah Loy bersama-sama berusaha menentang Raja Mahdi.
 
Sementara itu, Negeri-Negeri Selat mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
1,299

suntingan