Garisan air: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ' '''Garisan air''' atau '''garisan beban''' ialah satu garisan pada badan kapal yang menandakan paras timbul sesebuah kapal atau bot di permukaan [[air...'
 
Orhanghazi (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
 
'''Garisan air''' atau '''garisan beban''' ialah satu garisan pada badan kapal yang menandakan paras timbul sesebuah [[kapal]] atau [[bot]] di permukaan [[air]]. Paras di garisan air dipengaruhi oleh suhu dan kemasinan air. Air suam atau panas dan air masin (air laut) mempunyai ketumpatan dan kadar [[keapungan]] yang lebih tinggi.
 
Tujuan utama '''garisan beban''' diperkenalkan ialah untuk memastikan kapal mempunyai [[lambung bebas]] dan [[keapungan]] yang mencukupi. Lambung bebas untuk sebuah kapal komersil dikira antara titik terendah pada sisi [[geladak]] kapal dan garisan air, dan nilainya mesti tidak kurang daripada paras lambung bebas yang ditanda pada sijil garisan beban yang dikeluarkan untuk kapal tersebut. Hampir semua kapal komersil,<Ref>Statutory Instruments 1998 No. 2241 The Merchant Shipping (Load Line) Regulations 1998 Sections 5(1) and 5(3)</Ref> ditanda dengan garisan beban pada kedua-dua belah peminggang kapal.
 
Garisan ini yang juga dikenali sebagai '''garisan beban antarabangsa''' atau '''garisan Plimsoll''', juga menunjukkan [[drauf]] maksimum yang selamat dan lambung bebas minimum untuk kapal dalam pelbagai keadaan operasi.<Ref>Notes on Cargo Work: Kemp and Young: ISBN 0853090408</Ref>