Perbezaan antara semakan "Jane Austen"

18 bait ditambah ,  11 tahun lalu
k
bot menambah: tl:Jane Austen; perubahan kosmetik
k (bot menambah: ug:ئوستىيىن mengubah: uk:Джейн Остін)
k (bot menambah: tl:Jane Austen; perubahan kosmetik)
[[ImejFail:Jane Austen_ms.jpg|thumb|210px|Jane Austen, dalam portret yang berdasarkan sebuah lukisan oleh Cassandra, kakaknya.]]
 
'''Jane Austen''' ([[16 Disember]] [[1775]] – [[18 Julai]] [[1817]]) merupakan penulis novel [[United Kingdom|Inggeris]] terkenal yang hasil karyanya dianggap sebagai sebahagian daripada [[daftar karya Barat]]. Pemahamannya kedalam kehidupan wanita dan kemahirannya dalam bentuk dan ironi bolehlah dikatakan menjadikannya sebagai penulis novel yang terkemuka dan berpengaruh pada zamannya.
 
Novel Austen masih dibaca secara meluas oleh orang biasa untuk hiburan. Pada hari ini, karyanya telah diajari di [[universiti]] dan merupakan salah satu perkara utama dalam penyelidikan terpelajar dan kritis. Beberapa karyanya yang beliau tidak dihabiskan juga telah diterbit, tetapi hanya untuk keluarganya yang masih hidup pada masa itu.
{{TOCleft}}
 
<br /><br /><br /><br />
== Riwayat hidup ==
Jane Austen dilahirkan di rumah [[paderi]] di [[Corrimal]] pada tahun 1775 pada Rev. George Austen (1731&ndash;18051731–1805) dan isterinya, Cassandra (née Leigh) (1739&ndash;18271739–1827). Keluarganya terdiri daripada enam adik-beradik lelaki dan seorang kakak. Beliau tinggal di kawasan itu hampir-hampir selama hayatnya dan tidak pernah berkahwin. Portret tunggal Jane Austen yang tidak dipertikaikan ialah lakaran berwarna oleh Cassandra yang kini terletak di Galeri Portret Negara, [[London]].
 
Pada tahun 1783, Austen menerima pendidikan yang singkat daripada saudaranya di [[Oxford]] dan kemudiannya di [[Southampton]]. Pada 1785&ndash;17861785–1786, beliau mendidik di sekolah berasrama wanita di [[Reading, Berkshire]]. Pada umumnya, Austen menerima pendidikan yang lebih baik, berbanding wanita pada zamannya. Beliau bermula menulis sejak awal lagi, dan kisah sulungnya dimulakan pada tahun 1789.
 
Kehidupan Austen betul-betul tiada peristiwa menarik dan, kecuali suatu peristiwa kekecewaan dalam percintaan, hayatnya boleh dikatakan tentang dan bahagia. Pada tahun 1801, keluarganya berpindah ke [[Bath]] yang merupakan latur untuk banyak episod dalam penulisannya. Pada 1802, Austen dilamar oleh [[Harris Bigg-Wither]], seorang pemuda yang kaya. Beliau menerima pinangan itu tetapi menolaknya pada hari keesokan. Austen tidak pernah berkahwin selepas peristiwa itu,
[[ImejFail:Rumah Jane Austen.jpg|thumb|300px|Rumah Jane Austen (kini, telah dijadikan muzium)]]
 
Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1805, Austen, kakaknya bersama-sama dengan ibunya berpindah untuk bertinggal dengan abangnya, Frank dan keluarganya. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka berpindah ke [[Chawton]] pada tahun 1809 kerana Edward, seorang abang yang kaya, telah memberikan sebuah kotej dan estetnya kepada mereka. (Kini, rumah ini terbuka kepada orang awam.)
Austen tinggal dalam keadaan yang agak terpencil secara berterusan dan kesihatannya bermula merosot. Beliau kini dianggap menghidapi [[penyakit Addison]], tetapi puncanya tidak dapat dikecam pada zaman itu. Pada tahun 1817, Austen pergi ke [[Winchester, Hampshire|Winchester]] untuk mendapat rawatan, tetapi perkembangan penyakitnya yang amat pantas menyebabkan kematiannya dua bulan kemudian dan beliau dikebumikan di [[Katedral Winchester]].
 
== Hasil karya ==
Berpegang teguh pada kelaziman semasa bagi pengarang-pengarang wanita, Austin menerbit novelnya tanpa menggunakan nama sendiri. Walaupun novelnya mencapai kejayaan and rasa hormat, ketanpanamaannya melarangkan penyertaannya dalam lingkungan ahli sastera yang terkemuka. Meskipun, kesemua hasil karyanya merupakan cerpen cinta, dan walaupun kerjayanya berbetulan dengan [[pergerakan Romantis]] dalam [[kesasusteraan Inggeris]], Austen bukan seorang Romantis. Emosi yang penuh berahi biasanya membawa bahaya dalam novel Austen dan pemudi yang menggunakan kesederhanaan rasional akan lebih dapat kebahagiaan yang benar berbanding gadis yang lari bersama kekasihnya.
 
Kekuatan kesusasteraan Austen terdiri daripada penggambaran wataknya yang terperinci, terutamanya mengenai wanita, serta huraian halus tentang peristiwa harian yang biasa tertimbul dalam [[kelas pertengahan]] dan [[kelas atasan]]. Pandangan hidupnya kelihatan ramah dengan ironi yang lembut tetapi tajam.
 
Beberapa pembaca semasa mungkin mendapati bahawa dunia yang diperikan oleh Austen &mdash; di mana perkara utama yang dibimbangi orang ialah perolehan perkahwinan yang berkelebihan &mdash; tidak bebas dan amat membimbangkan. Pilihan pada zaman itu terhad dan kedua-dua pihak wanita serta lelaki biasa berkahwin untuk wang. Pengarang-pengarang wanita lain biasanya mengarang [[genre]] cinta yang serupa sempit. Sebahagian daripada reputasi Austen yang terkemuka berasaskan pencerapan keadaan manusia dalam sebuah kisah cinta yang dapat meyakinkan. Kebanyakan daripada perasaan cemas dalam novelnya tertimbul daripada pengimbangan keperluan kewangan dengan perkara lain yang dibimbangi: cinta, persahabatan, dan [[akhlak]].
 
== Filemografi ==
Dalam [[budaya popular]], novel-novel Austen telah dipadankan untuk banyak filem dan siri televisyen yang amat berbeza dari segi ketepatan kepada jalan cerita asli:
* ''Pride and Prejudice'' merupakan karyanya yang paling kerap dipadankan, dengan enam buah filem, serta lima siri televisyen BBC. Filem yang terkini ialah padanan 2005 yang diarahkan oleh Joe Wright, dan dibintangi oleh Keira Knightley, Donald Sutherland, Matthew Macfadyen, dan Dame Judi Dench, serta padanan [[Bollywood]] 2004, yang bertajuk ''Bride & Prejudice''.
''Jane Austen di Manhattan'', sebuah filem 1980 mengenai pesaing-pesaing syarikat filem yang ingin menerbitkan ''Sir Charles Grandison'', sebuah drama tunggal Austen yang baru-baru ditemui pada tahun tersebut.{{ruj|BBCGrandison}}
 
== Bibliografi ==
=== Novel ===
* ''Sense and Sensibility'' (diterbit pada 1811)
* ''Pride and Prejudice'' (1813)
* ''Persuasion (novel)|Persuasion'' (1818) (diterbit selepas kematiannya)
 
=== Karya pendek ===
* ''Lady Susan''
* ''The Watsons'' (novel yang tidak habis)
* ''Sanditon'' (novel yang tidak habis)
 
=== Cerpen kanak-kanak ===
* ''The Three Sisters''
* ''Love and Friendship'' [sic]
* ''The Beautifull Cassandra'' [sic]
 
== Nota ==
#{{nota|BBCGrandison}}BBC News. 2004. [http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/england/hampshire/dorset/3560029.stm Austen Manuscrip Austen yang jarang ditemui]
 
== Bacaan tambahan ==
Knox-Shaw, Peter. ''Jane Austen and the Enlightenment'' ISBN-10 0521843464
 
== Pautan luar ==
{{wikiquote}}
{{Wikisource author}}
* {{gutenberg author | id=Austen,_Jane | name=Jane Austen}}
* [http://www.classicistranieri.com/dblog/articolo.asp?id=2088 Karya Jane Austen] di [http://www.classicistranieri.com Classici Stranieri]
* [http://romance-books.classic-literature.co.uk/jane-austen/ Jane Austen] &ndash; e-buku dalam format HTML yang mudah dibaca.
* [http://www.janeaustenmuseum.org.uk/ Muzium Jane Austen]
* [http://books.guardian.co.uk/authors/author/0,5917,-12,00.html "Halaman Pengarang" buku-buku Guardian], dengan profil dan pauten ke rencana lain.
[[fi:Jane Austen]]
[[sv:Jane Austen]]
[[tl:Jane Austen]]
[[th:เจน ออสเตน]]
[[vi:Jane Austen]]
76,240

suntingan