Puasa (Islam): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
kemas
Baris 6:
[[Puasa]] ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam [[matahari]]. Umat [[Islam]] juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
 
== Dalil ==
Firman Allah S.W.T==:
{{Cquote|“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - ([[Surah Al-Baqarah]]: 183)}}
 
==Hadis Rasulullah s.a.w==:
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
{{Cquote|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}
 
== HukumNiat puasa Ramadhan ==
===Puasa Wajib===
# Puasa di [[bulan]] [[Ramadhan]] merupakan salah satu daripada [[Rukun Islam]]. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, [[wajib]]lah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
# Puasa Kifarah.
# Puasa Nazar.
== Niat Puasa Ramadhan ==
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa al-Quran.
 
===Lafaz Niat Pada Tiap-tiap Malamniat===
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
 
Niat Ringkas:
 
'''نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى'''
Baris 29 ⟶ 24:
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
 
Lafaz lengkap:
Lafaznya Lengkap:
 
'''نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى'''
Baris 46 ⟶ 41:
*Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
*Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
:“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
 
===Waktu Berniatberniat===
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
 
== Hukum puasa ==
===Puasa Wajib===
# Puasa di [[bulan]] [[Ramadhan]] merupakan salah satu daripada [[Rukun Islam]]. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, [[wajib]]lah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
# Puasa Kifarah.
# Puasa Nazar.
 
===Puasa Sunat===
Baris 98:
 
== Perkara yang membatalkan puasa ==
 
Manakala perkara-perkara berikut akan [[batal|membatalkan]] puasa jika terjadi:
 
Baris 125 ⟶ 124:
 
== Tingkatan Puasa ==
 
Imam [[Abu Hamid Al-Ghazali|Abu Hamid al-Ghazali]] dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
# Puasanya orang awam (''shaum al-'umum''): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Baris 131 ⟶ 129:
# Puasanya orang istimewa, super khusus (''shaum al-khawasi al-khawas''): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan
Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.
 
== Kerugian Meninggalkanmeninggalkan Puasapuasa Ramadhan ==
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
 
 
== Pautan Luar ==