Talentime: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
 
Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itulah yang mengubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.
 
==Penerbitan==
Filem ''Talentime'' diusahakan oleh Chilli Pepper Films bersama Primeworks Studios, sebenarnya merupakan filem cetera kelima arahan Yasmin Ahmad selepas filem ''[[Sepet (filem)|Sepet]]'', ''[[Gubra (filem)|Gubra]]'', ''[[Mukhsin (filem)|Mukhsin]]'', dan ''[[Muallaf (filem)|Muallaf]]'' (yang dilaporkan tidak mungkin dipasarkan di Malaysia kerana Yasmin tidak setuju beberapa babak dipotong yang dikhuatiri menjejaskan jalan cerita).
 
Aapbila ditanya tentang pandangan peribadinya terhadap filem ini, Yasmin berkata, "Memang saya begitu bertuah dan saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang cukup hebat untuk menghidupkan Talentime. Sudah lama saya mahu bekerja dengan Azean, Jit dan Sukania yang memang saya hormati dan kagumi dengan bakat mereka. Begitu juga dengan pelakon baru yang mempunyai karisma dan bakat yang cukup hebat membuatkan saya tabik dan percaya mereka adalah bakat pelapis di negara ini. Apabila mereka bersetuju untuk berlakon dalam filem Talentime, ia adalah satu penghormatan tertinggi buat diri saya. Maka dengan itu, tiada apa lagi yang mampu saya lafazkan."<ref>{{cite news|title=Manifestasi Yasmin terhadap perpaduan|author=Shazryn Mohd. Faizal|publisher=Utusan Malaysia|date=25 Mac 2009|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0325&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive|accessdate=15 Ogos 2009}}</ref>
 
Beralih kepada barisan pelakon, Mahesh Jugal Kishor yang memegang watak Mahesh mengakui sukar membawa watak tersebut kerana menghadapi dugaan menguasai [[bahasa isyarat]]. Ulasnya, "Saya bergaul bersama orang cacat pendengaran untuk memahami dunia mereka. Daripada berhubung bersama mereka, saya terpesona kerana mereka lebih banyak perasaan dan ekspresi. Segala ekspresi mereka adalah pada wajah mereka."<ref>{{cite news|title=Lucky break for Mahesh|author=Mumtaj Begum|publisher=The Star|date=23 Mac 2009|url=http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/3/23/movies/3500296&sec=movies|accessdate=15 Ogos 2009}}</ref>
 
Mohd Syafie Naswip yang memegang watak Hafiz, ketika ditanya mengenai hubungan kerjanya bersama Azean Irdawaty, berkata: "Pada hari pertama penggambaran, saya masih tak yakin boleh menjayakan babak-babak bersama Kak Yan. Sukar untuk menangani kenyataan bahawa saya berkongsi babak bersama Azean Irdawaty, apalagi babak yang sukar dilakukan. Beliau mengajar saya agar mengambil langkah demi selangkah, lama-kelamaan berjaya jua."<ref name=syafie>{{cite news|title=More of Syafie|publisher=The Star|date=23 Mac 2009|url=http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/3/23/movies/3516275&sec=movies|accessdate=15 Ogos 2009}}</ref>
 
Memandangkan filem ''Talentime'' merupakan karya bercorak muzikal yang lagu-lagunya sudah disediakan oleh artis nyanyian, maka pelakon yang memainkan watak bernyanyi perlu menyegerakkan bibir mereka mengikut lagu-lagu berkenaan dari menyanyikannya sendiri. Yasmin dilaporkan kagum dengan kebolehan Syafie "menyanyikan" lagu ''I Go'' (vokal [[Aizat]]) dalam babak kemuncak pertandingan Talentime, menyatakan "para hadirin menitiskan air mata menonton persembahannya."<ref name=syafie/>
 
==Barisan pelakon==