Universiti Cambridge: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SassoBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh-min-nan:Cambridge Tāi-ha̍k; perubahan kosmetik
Baris 2:
|name = Universiti Cambridge
|latin_name = Universitas Cantabrigiensis
|image = [[ImageFail:Cambridge University Crest - flat.png|100px|Cambridge University coat of arms]]
|motto = ''Hinc lucem et pocula sacra''<br />Terjemahan harfiah: "''Dari sini, cahaya dan angin suci''". Maksud: "''Dari Universiti ini, kami menerima kesedaran dan pengetahuan yang amat berharga.''"
|established = 1209
Baris 27:
'''Universiti Cambridge''' merupakan salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan [[Cambridge]], [[England]] kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.
 
Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan [[Universiti Oxford]] selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.
 
Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi '''[[Oxbridge]]'''), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di [[United Kingdom]], bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar [[ahli sains]], [[penulis]] dan ahli [[politik]] yang terpenting sepanjang masa.
 
Sekutu-sekutu Universiti Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 [[Anugerah Nobel]], lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti [[Chicago]] mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)
Baris 37:
Universiti ini juga kerap menerajui senarai ''ranking'' universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga ''Sunday Times'' pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ''ranking'' universiti seuruh dunia yang dihasilkan '''The Times Higher Education Supplement''' (THES) dan [[Universiti Jiao Tong]] di [[Shanghai]], [[China]] masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang [[sains]], kedua dalam [[bioperubatan]], ketiga dalam [[kesenian dan kemanusiaan]], keenam dalam [[teknologi]], dan kelapan dalam [[sains sosial]]. (Perlu diingatkan bahawa kesemua ranking universiti yang diberi tertakluk kepada pertikaian mengenai kriterianya; dan bahawa cuma ada penyenaraian THES dan Jiao Tong sebagai ranking antarabangsa yang sedia ada).
 
Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti [[Eropah]]. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion[1] (anggaran pembiayaan Oxford £2.4bn hingga £2.9bn[2] pada tahun yang sama), termasuk cawangan-cawangan dan pertubuhan universiti yang bersekutu dengannya. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan [[United Kingdom| UK]]. Berbanding dengan univeersiti-universiti di [[Amerika Syarikat| AS]], tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak [[Universiti Columbia]].
 
Cambridge adalah satu ahli [[Kumpulan Russell]], serangkaian universiti [[British]] besar yang berasaskan kajian dan penyelidikan; [[Kumpulan Coimbra]], satu persatuan universiti terulung di [[Eropah]], dan [[LERU]], ''Liga Universiti Penyelidikan Eropah''.
 
== Pautan luar ==
* [http://www.cam.ac.uk/ Laman web rasmi University of Cambridge]
 
Baris 49:
[[id:Universitas Cambridge]]
[[bn:কেমব্রিজ বিশ্ববিদ্যালয়]]
[[zh-min-nan:Cambridge Tāi-ha̍k]]
[[bg:Кеймбриджки университет]]
[[ca:Universitat de Cambridge]]