Wikipedia:Penafian umum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
Sila pastikan yang anda memahami bahawa maklumat-maklumat di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan, tiada sebarang perjanjian atau persetujuan di antara anda dengan pemilik tapak web ini dan pengguna-penggunanya, pemilik-pemilik server di mana ia disimpan, para penyumbang individu ''Wikipedia'', pentadbir projek, sistem operator, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan ''Wikipedia'' dan projek-projek kecilnya untuk menerima sebarang tuntutan daripada anda. Anda hanya diizinkan lesen terhad untuk membuat salinan sebarang bahan dari tapak web ini; kebenaran ini tidak menjadikan atau bermaksud kontrak atau kontrak penambahan yang akhirnya menjadi liabiliti kepada pihak ''Wikipedia'' atau sebarang agen-agennya, ahli-ahlinya, pengurusannya dan pengguna-pengguna lainnya.
 
Perhatikan maklumat-maklumat yang disediakan di sini berkemungkinan melanggar perundangan sesebuah negara di mana anda sedang membacanya. ''Wikipedia'' tidak menggalakkan pelanggaran undang-undang, namun begitu kerana maklumat-maklumat tersebut disimpan di dalam sebuah server di California, Amerika Syarikat, ia diuruskan dengan rujukan pada Pindaan Pertama ([[First Amendment]]) [[perlembagaan Amerika Syarikat]] (United States Constitution) dan [[Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat|Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat "Universal Declaration of Human Rights"]] oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Perundangan negara anda berkemungkinan tidak mengiktiraf hak kebebasan bersuara sepertimana oleh perundangan di negara [[Amerika Syarikat]] dan PBB, dan sepertinya, maka ''Wikipedia'' tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perlanggaran undang-undang negara anda, seandainya anda menghubungkan domain ini atau menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya dengan apa cara sekalipun.
 
:'''Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.''' Baca [[Wikipedia:Penafian risiko|Penafian risiko "Risk disclaimer"]], [[Wikipedia:Penafian perubatan|Penafian perubatan "Medical disclaimer"]], dan [[Wikipedia:Penafian perhakiman|Penafian penghakiman "Legal disclaimer"]] untuk penafian lain yang lebih khusus.