Kelab Diraja Selangor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
k Royal Selangor Club dipindahkan ke Kelab Royal Selangor: Terjemahan.
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kelab Royal Selangor Club''' (juga digelarkan "The Spotted Dog") adalah sebuah [[kelab sukan]] di [[Kuala Lumpur]] yang bermula pada [[1884]]. Pada masa itu, ia mempergunakan sebuah bangunan papan yang berbumbung atap. Ahli-ahli pertamanya terdiri daripada H.F. Bellamy, D.G. Campbell, S.E. Harper, D.G. Gordon, A.C. Norman, S.B.R. Reyne, H.C. Syers, K. Tambusamy Pillai dan A.R. Venning. Tidak lama kemudian, bangunan itu telah memerlukan pembesaran dan perbaikan.
[[Imej:Selangorclub.jpg|thumb|350px|right|Kelab Royal Selangor Club di Kuala Lumpur. <br>''Gambar oleh: [http://www.hbp.usm.my/conservation/imagesJPG/images11/sgorclub.jpg Prof. Madya Dr. A. Ghafar Ahmad ]'']]
 
Oleh sebab tiadanya [[dewan perbandaran]] pada awal [[1890-an]], kumpulan teater amatur (serta profesional kembara) membuat persembahan mereka di SelangorKelab Club.Royal Selangor. Setiap orang dikehendaki menyanyi ataupun bermain [[alatan musik]] kepada orang awam. Orang-orang yang hadir di konsert-[[konsert]] merokok ini akan menyanyi dan bermain dengan sukarela ataupun kerana disuruh. Kaum wanita tidak dibenarkan masuk.
 
Satu peristiwa besar terjadi pada tahun [[1922]] apabila beribu-ribu orang berkumpul di padang kelab untuk menyambut [[Duke]] [[Windsor]] (pada masa itu, [[Putera Wales]]) semasa lawatannya di Kuala Lumpur. Beberapa ahli kelab dijemput mengambil bahagian dalam pasukan [[polo]] yang diketuai oleh [[Sultan]] [[Perak]] dalam permainan dengan pasukan Putera. Dalam pasukan pelawat terdapat seorang [[leftenan]] yang muda, [[Louis Mountbatten|Lord Louis Mountbatten]] yang kembali 23 tahun kemudian sebagai [[Ketua Turus Angkatan Bersenjata Pihak Berikat]] bagi [[Asia Tenggara]] sewaktu penyerahan [[Jepun]].
Pada tahun [[1910-an]], Kelab Royal Selangor Club mengalami [[banjir]] besar yang amat teruk. Oleh sebab itu, dua orang daripada ahli kelab telah ditugaskan untuk membuat rancangan pencegahan banjir pada [[1921]]. Walau bagaimanapun, [[kemerosotan ekonomi]] pada waktu itu memaksakan rancangan ditangguh. Banjir yang paling teruk terjadi pada Disember [[1925]] serta Disember [[1926]]. Banjir 1926 menyebabkan Kuala Lumpur terasing selama beberapa hari.
 
[[Kebakaran]] terjadi dibahagian utama kelab pada malam [[20 Disember]] [[1970]]. Ia bermula dari bilik [[dapur]] pada 10.30 malam tanpa sebarang kecederaan.
 
Pada Ogos [[1971]], rancangan untuk bangunan baru telah dipamerkan untuk persetujuan ahli-ahli. Pelan itu kemudian diserah kepada [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Dewan Bandaraya]] dan mengakibatkan perundingan ulang-alik selama tujuh tahun. Pada suatu peringkat, yakni pada Oktober [[1972]], Kerajaan mengumumkan bahawa ia memerlukan padang itu untuk pembinaan sebuah [[pusat sivik]] dan oleh sebab itu, SelangorKelab ClubRoyal Selangor dikehendaki beralih. Beberapa tapak alternatif telah dicadangkan tanpa sebarang keputusan.
 
Pada [[1977]], mendiang Hakim Tan Sri H.S. Ong dilantik sebagai [[Presiden]]. Bersama-sama dengan timbalannya, Hakim Datuk Harun M.Hashim, mengadakan [[mesyuarat agung luar biasa]] (EGM) bagi membincangkan masa hadapan kelab itu. Diputuskan bahawa perbincangan diadakan semula dengan Dewan Bandaraya mengenai pelan yang diserah pada 1972.
 
Selepas kematian Tan Sri Ong pada [[1978]], Datuk Harun mengambil alih jawatan Presiden dan pada Julai tahun itu, beliau mendapat keizinan untuk membina semula bangunan kelab di tapak asal. Kontraktor-[[kontraktor]] di bawah [[arkitek]] Fong Ying Leong memulakan kerja pada [[5 November]] [[1978]] dan pembinaannya disiap pada Disember [[1980]] dengan menelankan kos sebanyak RM6 juta. Kini, bangunan SelangorKelab ClubRoyal Selangor merupakan salah satu daripada bangunan yang terbaik di [[Asia]].
 
Ruang tambahan sukan Kiara dibuka rasmi oleh DYMM [[Yang diPertuan Agong]], [[Tuanku Ja'faar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman]] pada Ahad, [[7 Jun]] [[1998]].
==Pautan luar==
* [http://www.rscweb.org.my/# Laman Rasmi Kelab Royal Selangor Club]
 
[[Kategori: Malaysia]]