Regulus Black: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot membuang: tr:Ölüm Yiyen#Regulus Black; perubahan kosmetik
Baris 3:
Dia tidak wujud dalam cerita, tetapi pernah disebut oleh abangnya [[Sirius Black]] dan elf rumah [[Kreacher]] dan memainkan peranan yang amat penting dalam plot cerita.
 
== Peranan dalam buku ==
 
Berdasarkan salasilah keluarga Black, Regulus dilahirkan oleh [[Orion Black|Orion]] dan [[Walburga Black]] pada 1961 meninggal dunia pada 1979.
Baris 9:
Dalam novel [[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]], Sirius Black pernah membekalkan sedikit banyak maklumat tentang Regulus Black. Regulus dimasukkan Rumah Slytherin dan menjadi Seeker dalam pasukan [[Quidditch]] [[Slytherin]]. Dia menyertai [[Death Eater]] pada umur 16 tetapi berubah fikiran tidak lama kemudian.
 
Walaupun Sirius anggap dia dibunuh oleh Voldemort atau [[Death Eater]], ''[[Harry Potter dengan Azimat Maut]]'' mengenal pasti bahawa Regulus mati dalam gua yang menyimpan [[horcrux|locket Horcrux]] [[Voldemort]]. Regulus mati lemas akibat diheret oleh [[Inferi]] selepas minum posyen yang melindungi [[Horcrux]]. Sebelum mati, dia menyuruh [[Kreacher]] menmindahkan Horcrux dan cuba memusnahkannya. Dalam ''Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix'', Loket tersebut pernah dijumpai : "mereka juga menjumpai sebentuk loket yang tidak dapat dibuka" (muka surat 131, versi BM), dan dicuri oleh [[Mundungus Fletcher]] selepas setahun. Regulus meninggalkan cebisan kertas kulit yang nama R.A.B. ditandatangani dan dituju kepada Voldemort dalam Horcrux palsu. Hocrux benar dalam [[Grimmauld Place]] tidak diketahui sehingga R.A.B. dikenal pasti sebagai Regulus dalam ''Azimat Maut''.
 
Sifat sebenar Regulus bertentangan dengan anggapan Sirius Black. Sirius menganggap Regulus sebagai orang penting yang perlu dibunuh oleh Voldemort sendiri, tetapi kenyataannya Regulus seorang ahli sihir yang sanggup mengorbankan diri, ditunjukkan oleh layanannya yang positif terhadap Kreacher dan mengorbankan diri kepada Inferi supaya Kreacher tidak tercedera.
 
Dalam ''[[Harry Potter dengan Azimat Maut]]'', Harry mendapati Regulus merupakan bekas pemain Seeker dalam pasukan Quidditch Slytherin semasa belajar di Hogwarts dalam bilik Regulus. Harry juga mendapati Regulus tidak sekacak Sirius Black dalam foto lama sekolahnya.
 
== Regulus sebagai R.A.B. ==
Regulus Arcturus Black adalah R.A.B.
Identiti R.A.B. telah dibahaskan selepas penerbitan buku [[Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan]]. Dalam bab 28, Harry menemui suatu cebisan kertas kulit dalam loket Hocrux palsu Voldemort dan kandungannya adalah seperti berikut:
Baris 29:
<blockquote>R.A.B</blockquote>
 
=== Identiti dikenal pasti sebagai R.A.B dalam buku ketujuh ===
Dalam buku [[Harry Potter dengan Azimat Maut]], Regulus dikenal pasti sebagai "Regulus Arcturus Black" ([[R.A.B.]]). Elf Keluarga Black, Kreacher, memberitahu Harry dan rakannya bahawa diarah oleh Regulus untuk berjumpa dengan Voldemort untuk menyembunyikan loket. Kreacher dipaksa meminum posyen untuk menguji keberkesanannya, dan terselamat kerana [[Muncul Tiba-tiba]] elf rumah berbeza dengan ahli sihir biasa. Selepas Kreacher memberitahu Regulus, Regulus memaksa Kreacher membawa dia ke gua itu dan dia minum segala posyen itu untuk menukarkan loket tersebut dengan loket palsu. Sebelum diheret olah [[Inferi]] ke dalam air, dia mengarah Kreacher untuk memusnahkan Horcrux sebenar.
 
Regulus mendeduksi bahawa keangkuhan [[Voldemort]] mengakibatkannya menganggap Hocrux tidak akan diketahui oleh orang lain dan dimusnahkan. Walaupun sudah banyak tahun berlalu, Kreacher masih setia kepada Regulus dalam memorinya, sehingga mengetuai elf-elf rumah Hogwarts untuk menentang Death Eater dengan nama Regulus Black.
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai Watak siri Harry Potter]]
 
Baris 57:
[[ru:Регулус Блэк]]
[[sv:Familjen Black#Regulus Black]]
[[tr:Ölüm Yiyen#Regulus Black]]
[[uk:Реґулус Блек]]