Perbezaan antara semakan "Leftenan Jeneral TUDM"

tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Pangkat Tentera}} '''Leftenan Jeneral TUDM''' ialah salah satu pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia. Dahulu ianya ditulis sebagai '''Left...')
 
==Pengenalan==
 
Ketika era British, pangkat setara yang digunakan ialah '''''Air MarshallMarshal'''''. Sistem pangkat ini diwarisi sebahagian negara Komanwel dan lazimnya diterjemah menjadi '''Marsyal Udara'''. Kadangkala berlaku kekeliruan apabila ia dianggap setaraf empat bintang oleh wartawan tempatan. Barangkali disebabkan penggunaan '''''Marsekal''''' iaitu '''Marsyal''' oleh [[Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara]] yang bertaraf empat bintang. Pangkat yang setaraf dalam [[TNI-AU]] iaitu tiga bintang ialah '''''Marsekal Madya'''''.
 
TUDM menukar sistem pangkat mereka kepada sistem mirip [[Tentera Darat Malaysia]] bagi mengurangkan kekeliruan dikalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga perkhidmatan. Serentak dengan itu insignia atau lambang pangkat turut mengalami perubahan. Pada asalnya sistem yang diwarisi dari British merangkumi bilangan jalur-jalur yang seakan-akan sama dengan pasukan tentera laut. Pada era Dato' [[Mohamad bin Taib]], [[Panglima Tentera Udara]] ke 7, keseluruhan insignia TUDM ditukar menyamai insignia Tentera Darat Malaysia. Perubahan ini berlanjutan sehingga era pemerintahan Dato' Seri [[Haji Mohd Yunus bin Tasi]] apabila beliau kembali memperkenalkan sistem lama ala [[Tentera Udara Diraja British]]. Hanya pada 2005, ketika pemerintahan [[Jeneral TUDM|Jeneral]] Tan Sri [[Nik Ismail Nik Mohamed]] barulah pegawai tinggi TUDM kembali mengenakan insignia bermahkota dan bintang. Pegawai-pegawai TUDM yang lain pula kekal menggunakan insignia asal mereka.
1,002

suntingan