Perbezaan antara semakan "Leftenan Jeneral TUDM"

tiada ringkasan suntingan
 
==Pengenalan==
 
Ketika era British, pangkat setara yang digunakan ialah '''''Air Marshal'''''. Sistem pangkat ini diwarisi sebahagian negara Komanwel dan lazimnya diterjemah menjadi '''Marsyal Udara'''. Kadangkala berlaku kekeliruan apabila ia dianggap setaraf empat bintang oleh wartawan tempatan. Barangkali disebabkan penggunaan '''''Marsekal''''' iaitu '''Marsyal''' oleh [[Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara|Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara]] (TNI-AU) yang bertaraf empat bintang. Pangkat yang setaraf dalam [[TNI-AU]] iaitu tiga bintang ialah '''''Marsekal Madya'''''.
 
TUDM menukar sistem pangkat mereka kepada sistem mirip [[Tentera Darat Malaysia]] bagi mengurangkan kekeliruan dikalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga perkhidmatan. Serentak dengan itu insignia atau lambang pangkat turut mengalami perubahan. Pada asalnya sistem yang diwarisi dari British merangkumi bilangan jalur-jalur yang seakan-akan sama dengan pasukan tentera laut. Pada era Dato' [[Mohamad bin Taib]], [[Panglima Tentera Udara]] ke 7, keseluruhan insignia TUDM ditukar menyamai insignia Tentera Darat Malaysia. Perubahan ini berlanjutan sehingga era pemerintahan Dato' Seri [[Haji Mohd Yunus bin Tasi]] apabila beliau kembali memperkenalkan sistem lama ala [[Tentera Udara Diraja British]]. Hanya pada 2005, ketika pemerintahan [[Jeneral TUDM|Jeneral]] Tan Sri [[Nik Ismail Nik Mohamed]] barulah pegawai tinggi TUDM kembali mengenakan insignia bermahkota dan bintang. Pegawai-pegawai TUDM yang lain pula kekal menggunakan insignia asal mereka.
|}
 
[[Kategori:Tentera Udara Diraja Malaysia]]
[[Kategori:Pangkat tentera]]
22,405

suntingan