New England: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 10:
Walaupun sebuah kawasan terkecil dan tidak dirahmati dengan tanah ladang yang luas atau cuaca sederhana, New England memainkan peranan dominan dalam pembangunan Amerika. Dari abad ke-17 sehingga abad ke-19, New England adalah pusat kebudayaan dan ekonomi negara.
 
Peneroka awal New England dari Eropah adalah Protestan konservatif yang datang untuk mencari [[kebebasan beragama]]. Mereka memberikan wilayah ini sistem politik yang unik iaitu mesyuarat pekan (mesyuarat yang dianjur oleh pihak gereja) di mana penduduk berkumpul untuk membincangkan hal semasa.
 
Penduduk New England mendapati sukar untuk bertani tidak seperti di penduduk di Selatan yang mempunyai tanah subur yang luas. Menjelang tahun 1750, ramai peneroka bertukar kepada pekerjaan lain. Tulang belakang wilayah ini ialah pembinaan kapal, perikanan dan perdagangan. Di dalam urusan perniagaan, penduduk New England dikenali mereka yang bekerja keras, bijak berniaga, cermat dan pintar. Sifat-sifat ini berguna ketika revolusi industri melanda Amerika pada setengah pertama abad ke-19. Di Massachusetts, Connecticut dan Rhode Island, sebagai contoh, kilang baru muncul untuk membuat barangan seperti pakaian, senapang dan jam.
 
[[Kategori:New England]]