Rompin, Pahang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
gambar
udang galah
Baris 11:
Rompin terletak di tepi pantai , menghadap [[Laut China Selatan]] yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal. Ini adalah kerana Rompin adalah satu kawasan perairan yang memiliki banyak lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesis [[ikan]] yang amat popular ialah [[ikan layaran]] , sejenis hidupan yang sering menjadi tumpuan kaki pancing kerana kesukaran untuk mendapatkannya.Oleh kerana Rompin adalah satu destinasi ikan layaran, jadi setiap tahun acara ''billfish'' dan pertandingan memancing sering diadakan di daerah ini.
 
Selain daripada itu, Rompin juga amat terkenal dengan kawasan yang banyak mempunyai spesies udang galah kerana Rompin adalah habitatnya. Bagi penggemar-penggemar makanan laut terutamanya penggemar udang[[Udang galah]], anda telah memilih satu lokasi yang benar-benar sesuai untuk merasai keenakan masakan udang galah disini. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang menyajikan hidangan masakan udang galah dengan pelbagai jenis masakan. Udang galah di Rompin biasanya ditangkap di kawasan Sungai Rompin dan tempat pemasarannya ialah di kawasan kampung Leban Chondong, Rompin.
 
==Taman Endau-Rompin==