Penyakit asma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: hi:दमा
Baris 44:
 
== Gejala ==
Gejala utama (''cardinal symptom'') asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (''wheeze''), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (''clear sputum''). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (''acid indigestion''), terutama dengan pesakit berusia.
 
Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas [[sternum]] & [[klavikel]], dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (''rhonkhi''). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (''cyanosed'') dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.