Opera Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
interwiki
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: pl:Grand opéra; perubahan kosmetik
Baris 4:
Istilah ini terutamanya digunakan untuk merujuk kepada ''[[Opéra Paris]]'' dari lewat tahun 1820an sehingga sekitar tahun 1850, (dan kadangkala digunakan sebagai nama lain untuk ''[[Opéra Paris]]'') tetapi digunakan juga untuk [[opera]]-opera berskala besar dari [[Perancis]], [[Jerman]], [[Itali]] dan lain-lain negara [[Eropah]].
 
== Kemunculan Opera Agung ==
Pada abad ke-19, Paris telah menarik perhatian ramai [[penggubah]]-penggubah dari dalam [[Perancis]] sendiri mahupun luar negara, terutamanya [[penggubah]]-penggubah [[opera]]. Terdapat ramai [[penggubah]]-penggubah [[Itali]] termasuk [[Luigi Cherubini]] yang mendemonstrasikan bahawa penggunaan resitatif adalah sesuatu yang sesuai untuk drama-drama yang berkuasa dramatik. Penggubah [[Gaspare Spontini]] pula menulis banyak hasil karya berdasarkan kecemerlangan dan kemahsyuran [[Napoleon]]. [[Opera]]-opera berskala sebegini digubah khas untuk tontonan keluarga Diraja dan juga golongan bangsawan.
 
Opera-opera gubahan [[Gaspare Spontini]], [[Luigi Cherubini]] dan [[Gioacchino Rossini]] dianggap sebagai penanda untuk Opera Agung [[Perancis]]. Ini termasuklah ''La vestale'' (1807) dan ''Fernand Cortez'' (1809, disemak pada 1817) oleh [[Spontini]], ''Les Abencérages'' (1813) oleh [[Cherubini]], dan ''Le siège de Corinthe'' (1827) dan ''Moise'' (1828) oleh [[Rossini]].
 
== Balet dalam Opera Agung ==
Satu ciri yang amat ketara dalam Opera Agung sepertimana yang diperkenalkan di [[Paris]] pada 1830an ialah tarian balet yang anggun dan serba mewah pada awal babak ke-2. Bahagian ini amat diperlukan bukan untuk sebab-sebab pertimbangan seni dari sudut estetik, namun penting untuk memuaskan hati para penonton [[opera]] yang kaya dan terdiri dari golongan bangsawan. Para penonton opera pada ketika itu lebih meminati para penari balet daripada opera itu sendiri. Tarian balet telah menjadi elemen yang penting dalam prestij sosial [[opéra]].
 
Para [[penggubah]] yang tidak mematuhi tradisi ini kebiasaannya akan menghadapi masalah , sepertimana yang berlaku kepada [[Richard Wagner]] dengan percubaannya untuk mementaskan versi semakan ''Tannhäuser'' sebagai Opera Agung di Paris pada tahun 1861. Opera beliau ini terpaksa dihentikan hanya selepas 3 pertunjukan kerana beliau meletakkan tarian balet pada babak yang pertama, bukan babak ke-2.
 
== Perancis ==
 
=== Opera Agung yang pertama ===
{{Opera Agung}}
[[Opera]] yang pertama diletakkan di dalam kategori Opera Agung berdasarkan dari persetujuan ramai adalah ''La muette de Portici'' (1828) oleh [[penggubah]] [[Daniel Francois Auber]]. Ini diikuti oleh [[opera]] gubahan [[Rossini]] yang terakhir yang berjudul ''Guillaume Tell'' pada tahun 1829.
 
=== Zaman kegemilangan Opera Agung ===
Selepas tamat [[Revolusi Perancis]] pada tahun 1830 (juga dikenali sebagai "Revolusi Julai"), satu rejim baru dibentuk untuk menswastakan kontrak opéra yang dahulunya dikawal oleh kerajaan negeri. Kontrak ini dimenangi oleh seorang usahawan, Louis-Désiré Véron, yang mengaku tidak tahu menahu tentang muzik sama sekali. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berjaya di dalam usaha beliau untuk memenuhi cita rasa orang ramai dengan melabur secara banyaknya kepada Opera Agung. [[Opera]] pertama yang dikeluarkan adalah hasil karya [[penggubah]] [[Meyerbeer]] yang mana tayangan perdana [[opera]] tersebut pada awalnya telah ditangguhkan oleh [[revolusi Perancis]].
 
Baris 29:
Setelah mendapat kejayaan dan keuntungan besar dalam kontrak [[Opéra]], Veron dengan bijaknya memberikan konsesi kepada Duponchel, yang juga meneruskan formula kejayaan beliau. Di antara tahun 1838 dan tahun 1850, [[Opéra Paris]] telah mementaskan banyak Opera-opera Agung , antara yang terkenal adalah karya [[Halévy]] berjudul ''La reine de Chypre'' (1841) dan ''Charles VI'' (1843), karya [[Donizetti]] berjudul ''La favorite'' (1840) dan ''Dom Sébastien'' (1843, libreto oleh Scribe), dan karya [[Meyerbeer]] yang berjudul ''Le prophète'' (1849, libreto oleh Scribe). Pada tahun 1847, [[Giuseppe Verdi]] membuat tayangan perdana beliau untuk [[opera]] di [[Paris]] yang berjudul ''[[Jérusalem]]'', sebuah adaptasi dari hasil karya lama beliau yang berjudul ''[[I Lombardi alla prima crociata]]''.
 
== Opera Agung di luar Perancis ==
 
=== Itali ===
Opera Agung [[Perancis]] secara umumnya diterima baik di [[Itali]] yang mana kebiasaannya dipersembahkan di dalam terjemahan [[bahasa Itali]].
 
Baris 40:
Kejayaan beliau mendorong ramai [[penggubah]]-penggubah lain untuk cuba mengikut langkahnya. Antaranya termasuklah [[penggubah]] Antônio Carlos Gomes (''Fosca'' (1873) dan ''Salvator Rosa'' (1874)), penggubah Marchetti (''Gustavo Wasa'' (1875), dan Ponchielli: (''I Lituani'' (1874) and ''La Gioconda'' (Milan, 1876, ubahsuai 1880).
 
=== Jerman ===
 
== Bibliografi ==
*Bartlet, M Elizabeth C: ''Grand opéra'' dalam 'New Grove Dictionary of Opera', Stanley Sadie, Macmillan Publishers Limited, London, 1992 ISBN 0-333-73432-7
*Charlton, David: '' The Cambridge Guide to Grand Opera ''; Cambridge University Press, 2003
Baris 51:
*Wolff, Stephane: ''L'Opéra au Palais Garnier 1875-1962''
 
== Rujukan ==
<references/>
 
Baris 75:
[[ja:グランド・オペラ]]
[[no:Grand opéra]]
[[pl:Grand operaopéra]]
[[sl:Velika opera]]
[[fi:Grand opéra]]