Orhan I: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Merupakan putera Osman, Orhan I telah menakluki Nicaea pada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337 dan mendirikan ibukota di Bursa. Ketika...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:21, 31 Ogos 2009

Merupakan putera Osman, Orhan I telah menakluki Nicaea pada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337 dan mendirikan ibukota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenisasikan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.

Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Pangeran Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.

Orhan telah meninggal dunia pada tahun 1360 dan mewariskan takhta kesultanannya yang berkembang pesat kepada puteranya Murad I.