Perbezaan antara semakan "Perubahan iklim"

 
== Sebab ==
Soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku keranadisebabkan proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks.
 
Terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas disebabkan kegiatan manusia. Ketulan ais yang diambil dari ais purba [[Antartika]] menunjukkan tahap [[karbon dioksida]] yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida di atmosfera bermakna suhu yang semakin panas. Dalam laporan 2007 [[Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca]] (IPCC) kepada [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]] (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.
Perubahan corak penggunaan tanah menyumbang juga. Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan [[oksigen]]. Apabila pokok dipotong untuk pembangunan, pertanian dan tujuan lain, ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
 
Dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam panjang dan pendek musim.
 
== Rujukan ==
7,038

suntingan