Perbezaan antara semakan "Perubahan iklim"

 
== Kenapa perubahan iklim membimbangkan ==
Perubahan iklim membawa kesan yang serius kepada dunia. Contohnya, saintis dari IPCC meramalkan pemanasan laut dan pencairan [[glasier]] kerana pemanasan global dan perubahan iklim boleh meningkatkan aras laut kepada 7-23 inci menjelang tahun 2100.
 
Di seluruh dunia, masyarakat yang menghuni persisiran pantai dan infrastruktur yang menyokong mereka (seperti bangunan dan rumah, jalan, pelabuhan dan [[loji rawatan air]]) boleh terjejas. Mereka mungkin menghadapi banjir atau ribut kuat yang merosakkan. Di kawasan mendatar, pantai mungkin beralih beberapa batu ke kawasan dalaman.
 
Kesan lain adalah seperti banjir, kemarau yang boleh menjadi lebih kerap dan teruk. Perubahan suhu juga memberi kesan kepada kelembapan tanah yang boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dan benda lain termasuk ekosistem semula jadi, pertanian dan bekalan makanan, hutan, sumber air, penggunaan tenaga dan pengangkutan.
7,038

suntingan