Strabo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Louperibot (bincang | sumb.)
k bot menambah: az:Strabon
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: fa:استرابون; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail: Strabo.jpg|thumb|right|240px|Strabo, ahli geografi [[Yunani]] dalam turisan [[abad ke-16]].]]
 
'''Strabo''' ("juling") ialah istilah yang diberikan oleh [[Rom kuno|orang Rom]] kepada orang-orang yang [[juling]]. Ayah-ayah [[Julius Caesar]] dan [[Pompey Agung]] masing-masing digelarkan "[[Gaius Julius Caesar|Gaius Julius Caesar Strabo]]" dan "[[Pompeius Strabo]]". Seorang anak kelahiran [[Sicily]] yang mempunyai penglihatan yang amat jelas sehingga dapat melihat benda-benda dari jarak yang amat jauh seolah-olah benda-benda itu di hadapannya, juga digelarkan "Strabo." Orang lain yang bernama Strabo termasuk [[Gaius Julius Caesar Strabo Vopiscus]] (dari keluarga [[Julii Caesares]]), [[Walahfrid Strabo]], dan Theodoric Strabo.
Baris 5:
Tokoh paling penting yang bernama '''Strabo''' ([[bahasa Yunani]]: Στράβων ([[63 SM|63]]/[[64 SM]] - k.k. [[24|24 Masihi]]) ialah seorang [[Sejarah|ahli sejarah]], [[Geografi|ahli geografi]], serta [[Falsafah|ahli falsafah]]. Pada hari ini, Strabo paling diingati untuk karya 17-jilidnya, ''Geographica'', yang membawa maksud harfiah, "Geografi". Karya itu memberikan sejarah perihalan tentang orang dan tempat bagi kawasan-kawasan di dunia yang diketahui pada zamannya.
 
Strabo dilahirkan kepada sebuah keluarga yang kaya di Amaseia, [[Pontus]] (kini merupakan sebahagian [[Wilayah Amasya]], [[Turki]] moden), ketika tempat kelahirannya itu baru-baru sahaja menjadi sebahagian [[Empayar Rom]]. Beliau belajar di bawah berbagai-bagai ahli geografi dan ahli falsafah, mula-mulanya di [[Nysa, Anatolia|Nysa]], dan kemudiannya di [[Rom]]. Dari segi falsafah, Strabo adalah seorang penyokong [[Stoisisme]] dan dari segi politik, beliau merupakan penyokong [[Imperialisme]] Rom. Beliau kemudian membuat perjalanan yang luas ke [[Mesir]] dan [[Ethiopia]], antara lain. Tidaklah diketahui bilanya ''Geografi'' ditulis, walaupun komen-komen dalam karya itu meletakkan versi siapnya pada pemerintahan Maharaja [[Tiberius]]. Sesetengah orang menetapkan draf-draf pertamanya pada sekitar [[7|7 Masihi]], sedangkan ada orang juga yang menetapkannya pada sekitar [[18|18 Masihi]]. Karya ''Geografi'' itu juga menyebut kematian [[Juba II dari Numidia|Juba]], raja Maurousia, pada [[23|23 Masihi]].
 
Hampir semua bahagian karya ''Sejarah'' telah hilang. Walaupun Strabo sendiri menyebutnya, dan penulis-penulis klasik yang lain mengatakan karya itu wujud, dokumen tunggal yang masih wujud ialah satu serpihan manuskrip [[papirus]] yang kini disimpan oleh [[Universiti Milan]] (dinomborkan semula sebagai <nowiki>[</nowiki>Papirus<nowiki>]</nowiki>&nbsp;46).
Baris 12:
 
 
== ''Geografi'' ==
''[[Geographica (Strabo)|Geografi]]'' ialah sebuah karya yang terperinci dalam [[bahasa Yunani]]. Terdiri daripada 17 jilid, karya ini boleh dianggap sebagai sebuah [[ensiklopedia]] tentang pengetahuan geografi pada zaman Strabo. Kecuali bahagian-bahagian dalam Buku 7, karya ini masih wujud dengan lengkap. Bagaimanapun, walaupun karya ini meliputi seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani dan Rom pada masa Strabo, karya ini mempunyai beberapa kecacatan yang utama:
* pertahanan yang tetap dan mengganggu bagi pihak pemuisi [[Homer]] sebagai sumber geografi yang menyebabkan Strabo mengetepikan penulis-penulis yang lebih terkini, seperti [[Herodotus]], yang seringnya merupakan saksi untuk apa yang mereka melaporkan;
Baris 22:
Lebih kurang tiga puluh [[manuskrip]] ''Geografi'' atau bahagian-bahagiannya masih wujud. Hampir kesemua ini merupakan salinan [[zaman pertengahan]], walaupun terdapatnya cebisan-cebisan daripada papirus yang mungkin disalin antara [[100]] - [[300|300 Masihi]]. Selama satu setengah abad, cendekiawan-cendekiawan telah berusaha dengan susah payah untuk menghasilkan sebuah edisi yang menepati versi Strabo. Satu edisi yang paling sahih telah diterbitkan sejak [[2002]], dan dihasilkan pada kadar lebih kurang satu jilid setahun.
 
== Pautan luar ==
=== Teks Strabo dalam talian ===
*[http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/Strabo/home.html Buku&nbsp;1&#8209;71‑7, 15&#8209;1715‑17] dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H.&nbsp;L.&nbsp;Jones (1924), di LacusCurtius
*[http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?lookup=Strab.+toc Buku 6&#8209;146‑14] dalam terjemahan bahasa Inggeris, ed. H.&nbsp;L.&nbsp;Jones (1924), Perpustakaan Digital Perseus
 
=== Bahan sekunder ===
*[http://members.aol.com/spothecary/editions.html Sarah Pothecary, "Edisi-edisi ''Geographia'' oleh Strabo"]; lihat juga [http://members.aol.com/spothecary/gettingstarted.html "Memulakan dengan Strabo"] oleh pengarang yang sama
 
 
Baris 52:
[[eo:Strabono]]
[[eu:Estrabon]]
[[fa:استرابواسترابون]]
[[fr:Strabon]]
[[gl:Estrabón]]