Enjin petrol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Gemini1980 (bincang | sumb.)
+ {{Link FA|fr}}
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: vls:Naftemoteur; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:Volkswagen W16.jpg|thumb|180px|right|Enjin petrol W16 pada kereta [[Bugatti Veyron]].]]
'''Enjin petrol''' adalah sejenis [[enjin pembakaran dalaman]] yang berfungsi berasaskan nyalaan bunga api dan direka khusus untuk menggunakan bahan api [[petrol]] atau bahan api mudah meruap yang serupa. Ia berbeza dengan [[enjin diesel]] mengenai cara udara-bahan api dicampurkan serta kehadiran [[palam pencucuh]]. Di dalam enjin diesel, hanya udara dimampatkan manakala bahan api disuntik pada penghujung lejang mampatan. Di dalam enjin petrol pula, udara dan bahan api dicampurkan dahulu sebelum lejang mampatan. Proses campuran ini dilakukan oleh [[karburetor]] atau [[suntikan bahan api]] elektronik. Campuran awal udara-bahan api membolehkan enjin petrol beroperasi pada putaran enjin lebih tinggi daripada enjin diesel, tetapi dengan nisbah mampatan dan kecekapan yang lebih terhad.
 
== Aplikasi ==
 
Enjin petrol mempunyai banyak kegunaan, antaranya termasuklah:
Baris 12:
* Jentera kecil seperti [[mesin rumput]], [[gergaji rantai]] dan [[penjana elektrik]].
 
== Rekabentuk ==
 
=== Kitaran kerja ===
[[ImageFail:4-Stroke-Engine.gif|right|Kitar enjin 4 lejang.]]
Enjin petrol direka sama ada dalam kitar empat lejang atau dua lejang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:
 
Baris 22:
* [[Enjin Wankel]]
 
=== Susunan silinder ===
 
Susunan silinder yang lazim adalah dari 1-6 silinder sebaris ataupun 2-16 silinder bagi enjin V. Susunan lain adalah dalam bentuk rotari ataupun jejari; susunan jejari biasanya mempunyai 7-9 silinder (satu gelang) atau 10-14 silinder (2 gelang).
 
=== Penyejukan ===
 
Enjin petrol boleh jadi [[enjin sejukan udara]], melalui sirip-sirip pada silinder, ataupun [[enjin sejukan cecair]], melalui jaket air dan radiator. Bahan penyejuk pada asalnya ialah air tetapi kini menggunakan campuran air dan [[etilena glikol]]. Campuran ini mempunyai takat beku yang lebih rendah serta takat didih yang lebih tinggi daripada [[air]] tulen. Selain itu, cecair turut dikenakan sedikit tekanan bagi mengurangkan sejatan bahan penyejuk.
 
=== Nisbah mampatan ===
 
[[Nisbah mampatan]] adalah nisbah antara jumlah isipadu pada peringkat awal dan akhir lejang mampatan. Lazimnya, lebih tinggi nisbah mampatan, lebih cekap enjin beroperasi. Walau bagaimanapun, nisbah mampatan terpaksa dihadkan untuk mengelakkan pra-nyalaan campuran udara-bahan api yang seterusnya mengakibatkan ketukan enjin dan seterusnya kerosakan pada enjin. Enjin kereta moden umumnya mempunyai nisbah mampatan antara 9:1 dan 10:1, tetapi nisbah tersebut boleh jadi setinggi 11 atau 12:1 bagi enjin berprestasi tinggi yang menggunakan [[petrol]] beroktana tinggi, katakan RON98.
 
=== Penyalaan ===
{{utama|Sistem penyalaan}}
Enjin petrol menggunakan penyalaan bunga api oleh [[palam pencucuh]] dan arus elektrik [[voltan tinggi]] bagi palam pencucuh diperoleh daripada [[magneto]] ataupun [[gelung penyalaan]]. Di dalam enjin kereta moden, [[pemasaan penyalaan]] diuruskan oleh [[unit kawalan enjin]] elektronik.
 
== Masa depan ==
 
Kebimbangan mengenai [[pemanasan global]] serta [[pencemaran]] udara menimbulkan persoalan mengenai masa depan enjin petrol. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi meningkatkan kecekapan bahan api serta bagi mengurangkan emisi dan usaha sebegini memakan masa yang lama. Dalam jangka masa panjang ia mungkin akan digantikan dengan [[motor elektrik]] bagi sesetengah aplikasi tetapi ia tidak mungkin akan berlaku tidak lama lagi.
 
== Sumber ==
* Rencana Wikipedia yang dipautkan
 
Baris 72:
[[tr:Benzinli motor]]
[[uk:Бензиновий двигун]]
[[vls:Naftemoteur]]
[[zh:火花點火]]