Perbezaan antara semakan "Sejarah dunia"

18 bait ditambah ,  11 tahun lalu
k
bot mengubah: cs:Dějiny lidstva; perubahan kosmetik
k (bot mengubah: id:Sejarah dunia)
k (bot mengubah: cs:Dějiny lidstva; perubahan kosmetik)
Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan [[Johannes Gutenberg]] bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, [[Zaman Pembaharuan|Renaissance]] dan Revolusi Saintifik.
 
Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di [[Eropah]], telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran [[Revolusi Perindustrian]]. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di [[planet]] ini.
 
== Zaman Paleolitik ==
[[ImageFail:Map-of-human-migrations.jpg|thumb|400px|Peta penghijrahan manusia, menurut [[genetik populasi]] [[DNA mitokondria|mitokondria]]. Nombor adalah alaf sebelum kini (ketepatan dipersoalkan).]]
"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan [[Zaman Batu]] terawal. [[Zaman Paleolitik Awal]] (''Lower Paleolithic'') sebelum ''Homo sapiens'', bermula dengan ''[[Homo habilis]]'' dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu
''[[Homo sapiens awal|Homo sapiens]]'' berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk [[Zaman Paleolitik Pertengahan]].
 
 
== Tempoh Mesolitik ==
[[ImejFail:Canoe.jpg|thumb|150px|[[Perahu jalur]] (''dugout canoe'')]]
"Mesolitik," atau "Zaman batu Pertengahan" (dari [[bahasa Yunani|Yunani]] "''mesos''," "pertengahan," dan "''lithos''," "batu") merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh [[Zaman Paleolitik]] dan [[Zaman Neolitik|Neolitik]] [[Zaman Batu]].
 
 
== Tempoh Neolitik ==
"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir "[[Zaman Batu]]." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000 tahun dahulu), tempoh Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.
 
=== Kebangkitan pertanian ===
[[ImejFail:Maler der Grabkammer des Sennudem 001.jpg|thumb|left|250px|Bajak ditarik kerbau, [[Mesir Purba]], sekitar 1200 SM.]]
Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah [[Vere Gordon Childe]] sebagai "[[Revolusi Neolitik|Revolusi Pertanian]]," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian. Orang-orang Sumer pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM, pertanian telah tersebar ke [[India]]; menjelang 6000 SM, ke [[Mesir]]; menjelang 5000 SM, ke China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba ke [[Mesoamerika]].
 
Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada [[Hilal Subur]] [[Timur Tengah]], kajian arkeologi di [[Amerika]], [[Timur Asia]] dan [[Asia Tenggara]] menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh [[Sumeria]], bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di [[Eurasia]], perkakasan [[tembaga]] dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan [[Mediterranean]] Timur, [[Timur Tengah]] dan [[China]] mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.
[[ImejFail:World 1000 BCE.png|thumb|right|300px|Tahap teknologi dan masyarakat dunia, sekitar 1000 SM.]]
 
Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zaman [[budaya Chavםn]] (900 SM)). Budaya [[Moche]] bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan pinggang mangkuk logam. Malah puak [[Inca]] yang kekurangan logam telahpun memiliki bajak bermata logam, sekurang-kurangnya selepas penaklukan [[Chimor]]. Bagaimanapun, kurang penyelidikan arkeologi dijalankan di [[Peru]], dan hampir kesemua ''[[khipus]]'' (peranti rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh Inca) telah dibakar semasa [[penaklukan Sepanyol ke atas Peru]]. Sehingga akhir 2004, keseluruhan [[bandar]] masih dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah dihasilkan di situ sebelum ia dimajukan di Eropah.
Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah [[Sungai Furat]] dan [[Tigris]] di [[Mesopotamia]], lembah [[sungai Nil|Nil]] di [[Mesir]], lembah [[sungai Indus|Indus]] di [[subbenua India]], dan lembah [[Yangtze]] dan [[Sungai Kuning]] di [[China]]. Sesetengah kaum nomad, seperti penduduk asli Australia dan [[Bushmen]] di Afrika Selatan tidak bercucuk-tanam sehingga baru-baru ini.
 
Sebelum 1800, kebanyakan penduduk tidak tergolong dalam negara. Para saintis bertelingkah sama ada istilah "[[puak]]" patut diguna pakai bagi kumpulan masyarakat yang hidup masa itu. Kebanyakan masyarakat puak, di Eropah dan tempat lain, membentuk negara apabila mereka diancam, ataupun diceroboh oleh negara sedia ada. Contohnya adalah [[Marcomanni]], [[Poland]] dan [[Lithuania]]. Sesetengah "puak", seperti [[Kassite]] dan [[Manchu]], menakluk negara dan dijajah olehnya.
 
Pertanian membolehkan pembentukan masyarakat rumit — [[tamadun]]. Negara dan pasaran muncul. Teknologi meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan sistem pengangkutan dan perhubungan.
 
== Tamadun ==
=== Negeri ===
{{utama|Negara|Tamadun}}
[[Revolusi Neolitik|Revolusi Pertanian pertama]] mendorong kepada beberapa perubahan utama. Ia membenarkan penduduk lebih padat, yang mengikut masa membentuk negeri. Terdapat beberapa takrifan bagi istilah, "negeri." [[Max Weber]] dan [[Norbert Elias]] mentakrifkan negeri sebagai organisasi manusia yang mempunyai monopoli bagi penggunaan kekerasan sah bagi kawasan geografik yang khusus.
 
[[ImejFail:Greatwall-SA3.jpg|thumb|left||280px|Sempadan menetapkan negeri— contoh jelas adalah [[Tembok Besar China]], yang merentangi lebih 6,400 km, dan pertama kali didirikan pada abad ke-3 SM bagi melindungi bahagian utara dari penceroboh nomad yang dikenali sebagai [[Xiongnu]]. Ia telah dibina semula dan diperkukuhkan beberapa kali semenjak itu.]]
 
Negeri pertama dipercayai muncul di [[Mesopotamia]], barat [[Iran]], [[Mesir Purba]] dan [[Lembah Indus]] pada akhir alaf ke-4 dan awal alaf ke-3 SM.
Pertembungan antara empayar termasuk yang berlaku pada abad ke-8, apabila [[Khalifah Islam]] dari Arab (memerintah dari [[Sepanyol]] hingga ke [[Iran]]) dan [[dinasti Tang]] [[China]] (yang memerintah dari [[Xinjiang]] hingga ke [[Korea]]) bertempur selama beberapa dekad bagi mengawal [[Asia Tengah]].
 
[[ImejFail:Sumerian 26th c Adab.jpg|thumb|right|[[Skrip Kuneiform]], sistem penulisan terawal yang diketahui.]]
Empayar daratan satu sempadan terbesar dalam sejarah adalah [[Empayar Mongol]] pada abad ke-13. Menjelang masa itu, kebanyakan orang di Eropah, Asia dan Afrika Utara merupakan sebahagian dari negara. Terdapat juga negara di [[Mexico]] dan barat [[Amerika Selatan]]. Negara mengawal semakin banyak jajahan dan penduduk dunia; kawasan "kosong" terakhir, tidak termasuk [[Antartika]] yang tidak didiami, akan dibahagikan antara negara dalam [[Persidangan Berlin]] (1884-1885).
 
=== Bandar dan perdagangan ===
{{utama|Bandar|perdagangan}}
[[Pertanian]] turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan [[simbiosis]] dengan kawasan desa sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan tentera.
 
Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di [[Caanan]], [[Crete]], tanah besar [[Yunani Purba|Yunani]], dan [[Turki]] tengah.
[[ImejFail:Transasia trade routes 1stC CE gr2.png|thumb|300px|left|Laluan perdagangan yang digunakan pada sekitar kurun 1 berpusat di Laluan Sutera.]]
Di [[Amerika]], tamadun seperti [[tamadun Maya|Maya]], [[tamadun Zapotec|Zapotec]], [[Moche]], dan [[budaya Ica-Nazca|Nazca]] muncul di [[Mesoamerika]] dan [[Peru]] pada hujung alaf pertama SM.
 
Pada akhir alaf pertama dan awal alaf ke-2, kaum [[Arab]] menguasai laluan perdagangan di [[Lautan Hindi]], [[Asia Timur]], dan [[Sahara]]. Pada akhir alaf pertama, Kaum Arab dan [[Yahudi]] menguasai perdagangan di [[Mediterranean]]. Pada awal alaf ke-2, Penduduk Itali mengambil alih peranan ini, dan bandar [[Flanders]] dan [[Jerman]] merupakan pusat laluan perdagangan di [[Eropah Utara]] yang dikawal oleh [[Liga Hanseatik]]. Di semua kawasan, bandar utama berkembang di persimpangan sepanjang laluan perdagangan.
 
=== Agama dan falsafah ===
{{utama|Sejarah falsafah|Perkembangan agama|Sejarah agama}}
[[ImejFail:Angkor wat temple.jpg|thumb|right|200px|[[Kuil]] [[Angkor Wat]], [[Kemboja]], awal [[abad ke-12]].]]
Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM. Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang paling awal adalah [[Hindu]], [[Buddhisme]] dan [[Jainisme]] di [[India]], dan [[Majusi]] di [[Empayar Parsi|Parsi]]. [[Agama Ibraham]] menjejak asal mereka kepada [[agama Yahudi]], sekitar 1800 SM.
 
 
== Tamadun dan kawasan ==
[[ImejFail:Rome rulez.jpg|thumb|left|230px|Binaan semula pusat [[Rom]] semasa pemerintahan [[Septimius Severus]], menunjukkan [[Colosseum]] dan kawasan ke selatan darinya.]]
Menjelang akhir abad pertama SM, [[Mediterranean]], [[Sungai Ganges]] dan [[Sungai Kuning]] telah menjadi tapak [[empayar]] yang pemimpin masa hadapan cuba menirunya. Di [[sejarah India|India]], [[Empayar Mauryan]] memerintah sebahagian besar [[Asia Selatan]], sementara [[Pandyas]] memerintah [[India Selatan]]. Di [[sejarah China|China]], [[Dinasti Qin|Qin]] dan [[Dinasti Han|Han]] mengembangkan pemerintahan imperial mereka menerusi penyatuan politik, komunikasi lebih baik dan penubuhan monopoli negara oleh [[Maharaja Wu dari China Han|Maharaja Wu]].
 
 
Pada tempoh ini, [[India]] utara diperintah oleh [[Empayar Gupta|Gupta]]. Di India Selatan, tiga kerajaan [[orang Dravidia|Dravidia]] terkemuka muncul: [[Dinasti Chera|Chera]], [[Chola]] dan [[Pandya]]. Kestabilan yang berikutnya menyumbang kepada zaman kegemilangan kebudayaan [[Hindu]] pada abad ke-4 dan ke-5 M.
[[ImejFail:Peru_Machu_Picchu_Sunrise.jpg|thumbnail|200px|right|[[Machu Picchu]], "Bandar Lenyap orang Inca," telah menjadi simbol yang paling dikenali bagi tamadun [[Inca]].]]
 
Pada masa kini juga, di [[Amerika Tengah]], masyarakat luas juga turut terbentuk, yang paling penting adalah [[tamadun Maya|Maya]] dan [[Aztek]] dari [[Mesoamerika]]. Ketika [[ibu budaya]] iaitu [[Olmeks]] merosot secara perlahan-lahan, negara-bandar Maya agung perlahan-lahan meningkat semakin banyak dan semakin penting, dan budaya Maya tersebar sepanjang [[Yucatבn]] dan kawasan sekeliling. Empayar [[Aztek]] berikutnya dibina atas budaya berjiranan dan dipengaruhi oleh penduduk yang ditawan seperti [[Toltek]].
 
== Kebangkitan Eropah ==
=== Latar belakang ===
{{utama|Sejarah Eropah}}
[[ImejFail:Gutenburg bible.jpg|left|thumb|150px|Ciptaan mesin cetak jenis boleh alih pada 1450-an di [[Jerman]] mendapat anugerah #1 dari 100 Tertinggi Kejadian Agung bagi [[Milenium]] oleh majalah Life. Menurut sesetengah anggaran, kurang dari 50 tahun selepas ''[[Injil]]'' pertama di cetak pada 1455, lebih dari sembilan juta buku dicetak.]]
 
Hampir kesemua tamadun pertanian dibebankan oleh persekitaran mereka. Pengeluaran kekal rendah, dan perubahan cuaca dengan mudah memulakan kitaran kembang dan kudup yang menyebabkan tamadun bangkit dan jatuh. Bagaimanapun, menjelang 1500, terdapat perubahan kualitatif dalam sejarah dunia. Kemajuan teknologi dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan perlahan-lahan membawa kemungkinan yang lebih luas.
Berbanding Eropah, kawasan tropika masih terdedah kepada penyakit tropika dan penyakit parasit manusia, melemahkan tenaga dan kesihatan manusia, haiwan dan tanaman mereka, merupakan faktor melemah masyarakat yang menghalang kemajuan.
 
=== Penguasaan pedagang ===
Pada kurun ke-14, [[Zaman Pembaharuan]] bermula di Eropah. Sesetengah penyelidik moden telah mempersoalkan samaada kebangkitan [[seni]] dan [[kemanusiaan]] (''humanisme'') membuat sebarang sumbang kepada sains, tetapi era tersebut turut melihat gabungan penting pengetahuan Arab dan Eropah. Salah satu perkembangan yang penting adalah [[caravel]], yang menggabungkan layar lateen Arab dengan layar segi empat Eropah bagi mencipta kapal yang mampu berlayar Lautan Atlantik dengan selamat. Bersama dengan perkembangan penting dalam pelayaran, teknologi ini membenarkan [[Christopher Columbus]] untuk mengembara menyeberangi [[Lautan Atlantik]] pada 1492 dan menyeberangi ruang antara [[Afrika-Eurasia]] dan [[Amerika]].
 
 
Emas dan sumber dari Amerika telah dirampas dari penduduk tempatan dan dihantar ke Eropah, sementara pada masa yang sama sejumlah besar koloni Eropah mula berpindah ke Amerika. Untuk memenuhi permintaan bagi buruh di koloni baru, penduduk Afrika mula diimport sebagai hamba abdi. Tidal lama kemudian sebahagian besar Amerika terdiri daripada hamba perkauman kelas rendah yang besar. Di Afrika Barat, sejumlah negeri yang rancak membangun sepanjang [[Persisiran Hamba|persisiran]], menjadi kaya dengan memperalat penduduk Afrika dalaman yang dijual sebagai hamba kepada pedagang Inggeris.
[[ImejFail:Eertvelt, Santa Maria.jpg|thumb|left|200px|''Kapal Santa Maria berlabuh di Anchor'', dilukis sekitar 1628 oleh [[Andries van Eertvelt]], menunjukkan [[carrack]] terkenal [[Christopher Columbus]].]]
 
Perkembangan marin Eropah tidaklah mengejutkan — memandangkan bentuk geografi benua tersebut — kebanyakannya merupakan usaha negeri persisiran Atlantik: [[Portugis]], [[Sepanyol]], [[England]], [[Perancis]], dan [[Belanda]]. [[Empayar Portugis]] dan [[Empayar Sepanyol]] adalah yang penakluk yang pertama dan sumber pengaruh penting, tetapi tidak lama kemudian [[England|Inggeris]], [[Perancis]] dan [[Belanda]] turut muncul bagi mula menguasai [[Lautan Atlantik]]. Dalam siri perperangan, pertempuran pada [[abad ke-17]] dan 18, memuncak dengan [[Perang Napoleon]], Britain muncul sebagai kuasa besar dunia pertama. Ia berkembang sebagai empayar yang melitupi dunia, mengawal, pada kemuncaknya, sekitar suku dari tanah dunia, membentuk sebagai "[[Empayar yang matahari tidak pernah terbenam]]".
[[Abad ke-20]] bermula dengan [[Eropah]] pada kemuncak kemewahan dan kuasa dan menguasai sebahagian besar dunia secara langsung melalui penubuhan koloni atau penguasaan secara tidak langsung. Kebanyakan bahagian lain dunia pula semakin dipengaruhi oleh negara Eropah: [[Amerika Syarikat]] dan [[Japun]]. Bagaimanapun, ketika kurun berlalu, sistem sejagat yang dikuasai oleh kuasa bersaing menerima tekanan hebat, dan akhirnya digantikan dengan struktur lebih lentur negeri merdeka yang diatur menurut model Barat.
 
[[ImejFail:WWI.png|thumb|350px|[[Perang Dunia I]], pertempuran antara [[Berikat Perang Dunia I|Berikat]] (''hijau'') dan [[Kuasa Pusat]] (''Kuning bata''), mengakhiri [[Empayar Jerman]], [[Austria-Hungary|Empayar Austria-Hungary]], [[Empayar Rusia]] dan [[Empayar Uthmaniyyah]].]]
Perubahan ini dimangkin oleh [[perang]] dengan kemusnahan dan skop yang tiada bandingannya. [[Perang Dunia I]] memusnahkan banyak empayar Eropah dan monarki, dan turut melemahkan [[Perancis]] dan [[United Kingdom of Great Britain and Ireland|Britain]]. Mengekori selepasnya, ideologi yang kuat timbul. [[Revolusi Rusia (1917)|Revolusi Rusia]] [[1917]] mencipta negeri [[komunis]] pertama, sementara pada [[1920-an]] dan [[1930-an]] turut menyaksikan diktaktor fasis tentera mendapat kuasa di [[Itali]], [[Jerman]], [[Sepanyol]], [[Jepun]] dan lain-lain.
 
Persaingan kebangsaan berterusan, memburukkan lagi gelodak ekonomi [[Zaman Meleset]], membantu memulakan [[Perang Dunia II]]. Ditaktor tentera Eropah dan Jepun mengejar arah pengembangan empayar yang ditakdirkan untuk gagal. Kekalahan mereka membuka jalan bagi kemaraan komunis ke Erpoah Tengah, [[Yugoslavia]], [[Bulgaria]], [[Romania]], [[Albania]], [[China]], [[Vietnam Utara]] dan [[Korea Utara]].
[[ImejFail:Nagasakibomb.jpg|thumb|left|150px|[[Senjata nuklear]] digunakan terhadap [[Jepun]] pada 1945, mengakhiri [[Perang Dunia II]] dan memulakan [[Perang Dingin]].]]
 
Selepas Perang Dunia II, pada 1945, [[Pertubuhan Bangsa Bersatu]] telah ditubuhkan dengan harapan menyelesaikan pergeseran antara negara dan menghalang perang di masa hadapan. Perperangan bagaimanapun telah meninggalkan dua negara, [[Amerika Syarikat]] dan [[Kesatuan Soviet]], dengan kuasa utama bagi memandu hal ehwal antarabangsa. Setiap satu mencurigai yang lain dan bimbang penyebaran model ekonomi-politik saingannya. Ini mendorong kepada [[Perang Dingin]], empat puluh tahun percanggahan antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pembangunan [[senjata nuklear]] dan perlumbaan senjata berikutnya, kesemua manusia terdedah kepada risiko perang nuklear antara dua kuasa besar. Perperangan sebegitu dilihat sebagai tidak pratikal, sebaliknya perang secara proksi dilakukan, dengan mengorbankan negara [[Dunia Ketiga]] yang tidak memiliki senjata nuklear.
Pada awal dekad selepas perang, koloni Belgium, British, Belanda, Perancis dan empayar Eropah di [[Afrika]] dan [[Asia]] memenangi kemerdekaan rasmi mereka tetapi berhadapan dengan bentuk baru [[neo-koloni]], kemiskinan, buta huruf dan penyakit tropika endemik (''asal''). Kebanyakan negeri Eropah Barat dan Eropah Tengah perlahan-lahan membentuk masyarakat ekonomi dan politik, [[Kesatuan Eropah]], yang kemudiannya berkembang ke arah timur untuk menerima negeri-negeri bekas satelit Soviet.
 
[[ImejFail:As17-140-21391c1.jpg|right|thumb|170px|Penjelajahan terakhir [[Bulan (satelit)|Bulan]] — [[Apollo 17]] (1972).]]
Kurun ke-21 melihat perkembangan pesat dalam sains dan teknologi, dan peningkatan [[jangka hayat]] dan [[taraf hidup]] bagi ramai umat manusia. Ketika dunia membangun bepindah dari ekonomi berasaskan arang batu kepada berasaskan petroleum, teknologi pengangkutan baru, bersama kebangkitan [[Zaman Maklumat]], mendorong kepada [[globalisasi]]. [[Penjelajahan angkasa]] mencapai sepanjang [[sistem suria]]. Struktur [[DNA]], lakaran kehidupan sendiri, dijumpai dan [[genom manusia]] dijujukkan, pencapaian utama dalam memahami biologi manusia dan rawatan penyakit. Kadar celik huruf sejagat terus meningkat, dan jumlah kumpulan buruh dunia yang diperlukan bagi menghasilkan bekalan makanan manusia semakin menurun.
 
== Bacaan lanjut ==
''''Kebangkitan Barat''''
* [[David Landes]], "[[The Wealth and Poverty of Nations]]: Why Some Are So Rich and Some So Poor", New York, W. W. Norton & Company (1999) ISBN 978-03933188830-393-31888-3
* [[David Landes]], "Why Europe and the West? Why Not China?," ''Journal of Economic Perspectives'', 20:2, 3, 2006.
* [http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j.1540-5923.2006.00168.x?cookieSet=1 Ricardo Duchesne, "Asia First?", ''The Journal of the Historical Society'', Vol. 6, Issue 1 (March 2006), pp.69-91] '''(PDF)'''
* [[William H. McNeill]], ''The Rise of the West: A History of the Human Community'', Chicago, University of Chicago Press, 1963.
*[[Larry Gonick]], ''The Cartoon History of the Universe'', Volume One, Main Street Books, 1997, ISBN 978-03852652010-385-26520-1, Volume Two, Main Street Books, 1994, ISBN 978-0385420938, Volume Three, W. W. Norton, 2002, ISBN 978-03933240370-393-32403-7.
 
== Lihat juga ==
=== Sejarah menurut kawasan ===
* [[Sejarah Afrika]]
* [[Sejarah Amerika]]
[[id:Sejarah dunia]]
[[ca:Història universal]]
[[cs:HistorieDějiny světalidstva]]
[[cy:Hanes y Byd]]
[[de:Menschheitsgeschichte]]
76,114

suntingan