Ketumbar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 33:
Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.
 
Biji ketumbar dijadikan rempah ([[Hindi]]: {{lang-|hi|धनिया}} ''dhania'') dalam membuat [[garam masala]] dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama [[jintan putih]]. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau ''dhana dal'' juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu [[sambar (makanan)|sambhar]] ({{lang-ta|சாம்பார்}}) dan [[rasam]] ({{lang|ta|இரசம்}}). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
 
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk [[Penjerukan|menjeruk]] sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat [[boerewors]]). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti [[rai]] sebagai pengganti [[jintan]].