Abu Raihan Al-Biruni: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh:比魯尼
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: ur:ابو ریحان البیرونی; perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImejFail: Biruni-russian_ms.jpg|thumb|220px|Abu Raihan Al-Biruni]]
 
'''Abu Raihan Al-Biruni''' (15 September [[973]] - 13 Disember [[1048]]) merupakan seorang [[ahli matematik]], [[astronomi]], [[ahli fizik]], [[cendekiawan]], [[penulis ensiklopedia]], [[ahli falsafah]], [[ahli astrologi]], [[pengembara]], [[pakar sejarah]], [[ahli farmasi]] dan [[guru]] yang banyak menyumbang kepada bidang [[matematik]], [[falsafah]], [[perubatan]] dan [[sains]] dari [[Persia]]. Karya agungnya ialah ''Rasa'll al-Biruni'', sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan [[musim]] dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan [[garis lintang]] dan [[garis bujur]] [[bumi]], mencipta [[jam]] dan [[kalendar]], mencipta rumus [[trigonometri]] dan mencipta alat menyukat ketumpatan.
 
Dilahirkan di [[Khwarazm]] (kini [[Uzbekiztan]]) di [[Asia Tengah]] yang pada masa itu terletak dalam sempadan [[Kerajaan Parsi]], Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada [[Abu Nasr Mansur]]. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan [[Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina|Ibn Sina]], pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (''ethicist'') [[Ibn Miskawayh]], di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke [[India]] dengan Mahmud dari [[Ghazni]] dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui [[bahasa Yunani]], dan kemungkinannya [[Syriac]] dan [[Berber]]. Dia menulis bukunya dalam [[bahasa Persia]] (bahasa ibundanya) dan [[bahasa Arab]].
 
 
== Pencapaian ==
Sebahagian pencapaiannya termasuk:
* Ketika berusia 17 tahun, dia mengira [[latitud]] bagi Kath, [[Khwarazm]], dengan menggunakan altitud maksima [[matahari]].
* Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian [[unjuran pemetaan]] (''map projections''), "[[kartografi]]", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran [[hemisfera]] pada [[satah matematik]] (''plane (mathematics)'') .
* Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "[[Kronologi]]" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan [[astrolabe]], satu berkenaan [[sistem perpuluhan]], empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.
* Beliau membuat pengiraan [[jejari]] bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di [[Barat]] pada [[abad ke-16]]).
Baris 15:
Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.
 
==== Hasil karya matematik ====
Sumbangannya kepada [[matematik]] termasuk:
* teori dan amali [[aritmetik]]
Baris 29:
* [[pembahagian tiga sama sudut]]
 
==== Hasil karya bukan matematik ====
Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:
* ''Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak'' (Bahasa Arab: تحقيق ما للهند من مقولة معقولة في العقل أم مرذولة): Sari pati agama dan falsafah India.
* ''Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu'' (Bahasa Arab: الباقية عن القرون الخالية): kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.
* ''Daftar karya Mas'udi'' (Arabic القانون المسعودي): sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.
* ''Memahami Astrologi'' (Bahasa Arab التفهيمالتفهيم لصناعةلصناعة التنجيمالتنجيم): Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.
* ''Farmasi'': mengenai drug dan ubat.
* ''Permata'' (Bahasa Arab: الجماهر في معرفة الجواهر) mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.
Baris 47:
== Pautan luar ==
*[http://www-gap.dcs.st-and.ac.uk/~history/Mathematicians/Al-Biruni.html Al-Biruni]
*[http://www.skyscript.co.uk/albiruni.html Biografi luas Biruni]
*[http://www.physicsir.com/physicians/abo_rihan.htm Biografi Persia Al Biruni]
 
Baris 92:
[[tk:Ebu Reýhan Biruny]]
[[uk:Аль-Біруні]]
[[ur:ابو ریحان البیرونی]]
[[zh:比魯尼]]