Syiling: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
==Ciri-ciri duit syiling moden==
 
Tepi yang bergigi atau bertanda masih terdapat pada kebanyakan syiling pada asalnya bagi membuktikan bahawa logam berharga itu tidak dikikis dari syiling tersebut. Sebelum penggunaan tepi bergigi, syiling dalam kitaran mengalami kikisan, masalah biasa di mana orang yang tidak amanah akan mengikis sedikit logam daripada sisi syiling dalam kitaran. Ini merupakan sebab sesetengah syiling moden mempunyai tepi bergigi pada bahagian tepi ; kehadiran gigi ini membuktikan bahawa tepi syiling itu tidak dikikis. Syiling perak [[sterling British]] tidak bergigi diketahui telah dikikis sehingga separuh daripada nilai berat pengilangannya. Bentuk penyusutan ini pada zaman [[dinasti Tudor|Tudor]] England mendorong kepada pembentukan [[undang-undang Gresham]]. Raja memerintah akan menarik secara berkala syiling, membayar hanya nilai perak bilon[[bulion]], dan menghasilkan dan mengitar kembali syiling.
 
Secara tradisi sebelah syiling akan membawa potret raja atau pemerintah lain, atau lambang kerajaan, dikenali sebagai 'bahagian depan syiling', atau secara tidak rasmi ''kepala''. Bahagian belakang dipanggil 'bahagian belakang syiling', atau secara tidak rasmi ''ekor''. Bagaimanapun, peraturan ini tidak diikuti dalam sesetengah kes. [http://www.ucalgary.ca/~cns/euro.html] Satu peraturan lain adalah bahagian yang mempunyai tahun pengilangan adalah pada bahagian kepala, walaupun kebanyakan syiling [[Kanada]], dan kesemua syiling [[Jepun]], terkecuali.