Puasa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sw:Saumu; perubahan kosmetik
Baris 27:
Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab [[kesihatan]], sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
 
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa [[jam]] sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan [[ubat bius]]. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (<i>''baseline</i>'') dapat dikenal pasti.
 
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya se[[minggu]] sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus [[buah|buah-buahan]] ataupun [[sayur|sayur-sayuran]].
Baris 33:
Sebuah kajian yang agak baru ke atas [[tikus]] mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada [[hari|hari-hari]] tidak berpuasa memberikan kawalan [[insulin]] yang lebih baik dan ketahanan [[neuron]] daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet [[kalori]] terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
 
Ini adalah kerana badan [[manusia]] menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti [[glukosa]] daripada simpanan [[glikogen]] di dalam limpa, [[asid lemak]] daripada lapisan [[lemak]] yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu [[protein]] yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi [[otak]] dan sistem [[saraf]] bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan <i>''ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone)</i>'' daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para [[doktor]] amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
 
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
Baris 78:
[[he:צום]]
[[ka:მარხვა]]
[[sw:Saumu]]
[[ku:Rojî]]
[[li:Vaste]]