Dan Quayle: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bcl:Dan Quayle
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: war:Dan Quayle; perubahan kosmetik
Baris 25:
'''James Danforth Quayle III''' merupakan Naib Presiden AS yang ke-44 bawah pemerintahan presiden [[George H. W. Bush]] bagi tahun ([[1989]]-[[1993]]).
 
== Kehidupan awal ==
Quayle lahir di [[Indianapolis]], [[Indiana]] pada 4 Februari 1947 sebagai anak James C. Quayle dan Corrine Pulliam Quayle. Kebanyakan orang menyebutnya dengan salah sebagai James Danforth Quayle III. Dalam buku kenangannya, beliau menegaskan bahawa nama kelahirannya ialah James Danforth Quayle. Datuknya, [[Eugene C. Pulliam]], adalah pangasas Central Newspapers, Inc., sekaligus pemilik syarikat penerbitan terkemuka, seperti ''The Arizona Republic'' dan ''The Indianapolis Star''. James C. Quayle dan keluarganya berpindah ke Arizona pada tahun 1955 untuk mengelola cawangan syarikat persendirian milik keluarga.
 
Baris 32:
Pada bulan Julai [[1971]], beliau menjadi penyiasat di Bahagian Perlindungan pengguna di pejabat [[Peguam Negara]] Indiana. Pada tahun yang sama, beliau menjabat sebagai pembantu pentadbir Gabenor Edgar Whitcomb. Dari tahun 1973-1974, beliau menjawat sebagai Pengarah Bahagian Cukai Warisan, Jabatan Hasil Bahagian Indiana. Quayle juga pernah bekerja sebagai ''pembantu penerbit'' di syarikat persendirian milik keluarganya, the Huntington Herald-Press, dan berurusan dengan undang-undang bersama isterinya, [[Marylin Tucker]] di Huntington.
 
== Kerjaya politik bermula ==
Kerjaya politiknya bermula pada tahun [[1976]], iaitu Quayle terpilih sebagai anggota [[Kongres Amerika Syarikat|Kongres AS]] dan terpilih lagi pada tahun [[1978]]. Pada tahun [[1980]], ketika berusia 33 tahun, Quayle menjadi Senator termuda dari Indiana, mengalahkan [[Birch Bayh]]. Quayle juga mencipta sejarah dengan memperoleh suara terbanyak ketika terpilih sekali lagi pada tahun 1986. Dalam Senat, Quayle bergabung dalam Suruhanjaya Pertahanan, Pengawasan Senjata, Anggaran serta Tenaga Kerja dan Sumber Manusia.
 
Baris 39:
Kritikan dan ejekan untuk Quayle mencapai kemuncaknya apabila kempen calon timbalan presiden yang disiarkan televisyen memaparkan Quayle membandingkan pengalamannya dengan [[Jack Kennedy]]. Calon [[Parti Demokrat]], [[Lloyd Bentsen]] berkata, "Senator, saya berkhidmat bersama Jack Kennedy. Saya kenal Jack Kennedy. Jack Kennedy adalah salah satu kawan saya". "Senator, anda bukan Jack Kennedy,". Quayle menjawab, " Penjelasan itu tidak diperlukan, Senator," dan hal ini disambut tepukan dan cemuhan dari penonton. Reaksi Quayle terhadap ulasan Bentsen dimainkan berulang kali oleh Demokrat dalam iklan TV berikutnya dengan mengatakan: "Quayle: just a heartbeat away." Para peng[[komedi]] dan [[kartunis]] politik juga sering meniru gaya Quayle. Kecaman-kecaman itu tidak mampu menggelincirkan kempen Republikan. Meskipun Republikan ketinggalan 15 peratus dalam undian umum sebelum persidangan, Bush/Quayle terus memenangi pilihan raya November dengan majoriti 54-45, menyapu 40 negeri dan menawan 426 kerusi.
 
== Timbalan Presiden ==
Sebagai Timbalan Presiden, Quayle adalah ketua pertama ''National Space Council'', sebuah badan angkasa yang dibentuk semula pada tahun [[1988]]. Pada 9 Februari [[1989]], Presiden Bush mengangkat Quayle sebagai Ketua ''Council on Competitiveness''. Berbeza dengan para penggantinya, [[Al Gore]] dan [[Dick Cheney]], Quayle hanya mempunyai peranan yang terhad.
 
Baris 46:
 
{{Kehidupan|1947||Quayle, Dan}}
[[kategoriKategori:Timbalan Presiden Amerika Serikat]]
[[kategoriKategori:Senator Amerika Syarikat]]
 
[[id:Dan Quayle]]
Baris 76:
[[fi:Dan Quayle]]
[[sv:Dan Quayle]]
[[war:Dan Quayle]]
[[yi:דען קוועיל]]
[[zh:丹·奎尔]]