ISO 639-3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''ISO 639-3:2007''', ''Kod perlambangan nama bahasa {{--}} Bahagian 3: Kod Alfa-3'' untuk liputan tuntas bahasa, ialah piawai antarabangsa untuk [[kod bahasa]...'
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''ISO 639-3:2007''', ''Kod perlambangan nama bahasa {{--}} Bahagian 3: Kod Alfa-3'' untuk liputan tuntas bahasa, ialah piawai antarabangsa untuk [[kod bahasa]] dalam siri [[ISO 639]]. Ia memerikan kod tiga huruf bagi mengenal pasti bahasa. Piawai ini memperluas kod alfa-3 [[ISO 639-2]] demi meliputi semua [[bahasa]] [[Bahasa sejadi|sejadi]] yang diketahui. ISO 639-3 diterbitkan pada [[5 Februari]] [[2007]] <ref name="ISO status">[http://www.iso.org/iso/en/CatalogueDetailPage.CatalogueDetail?CSNUMBER=39534&ICS1=1&ICS2=140&ICS3=20 ISO 639-3 status and abstract (iso.org)]</ref> dan bertujuan untuk pelbagai penggunaan, khususnya [[sistem komputer]] yang mendokong banyak bahasa. Ia memberikan hitungan bahasa dengan seberapa lengkap yang mungkin, baik [[bahasa moden]] mahupun [[bahasa pupus]], [[bahasa kuno]] atau [[bahasa binaan]], [[Bahasa dunia|bahasa utama]] atau bahasa minor, serta [[bahasa tulisan]] mahupun yang bukan.<ref name="ISO status" /> Bagaimanapun, ISO 639-3 tidak merangkumi [[bahasa binaan semula]] seperti [[bahasa Proto-Indo-Eropah]].<ref>[http://www.sil.org/iso639-3/types.asp#A Types of individual languages - Ancient languages (sil.org)]</ref>
 
ISO 639-3 ialah superset kepada [[ISO 639-1]] dan bahasa-bahasa individu dalam piawai [[ISO 639-2]]. ISO 639-1 dan ISO 639-2 menumpukan bahasa utama yang dilambangkan oleh seluruh [[kepustakaan]] dunia. Oleh sebab ISO 639-2 juga merangkumi kumpulan bahasa tetapi Bahagian 3 tidak, namun ISO 639-3 bukannya superset kepada ISO 639-2. Jika kod B dan T wujud dalam ISO 639-2, piawai ISO 639-23 akan menggunakan kod T.
 
Contoh: