Takwim Julius: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: hu:Julián naptár
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: jv:Kalèndher Julian mengubah: hi:जूलियन कैलेंडर; perubahan kosmetik
Baris 5:
Walaupun takwim Julius masih digunakan dalam [[abad ke-20]] di sesetengah negara dan masih digunakan oleh banyak gereja Ortodoks negara, secara amnya ia telah digantikan oleh [[takwim Gregory]] moden bagi kegunaan awam. Gereja Ortodoks yang tidak lagi menggunakan takwim Julian menggunakan [[takwim Julius semakan]] dan bukannya takwim Gregory.
 
Pembaharuan diperlukan kerana terdapat terlalu banyak hari lompat dalam skim Julius yang disebabkan oleh musim-musim astronomi. Pada puratanya, [[soltis]] dan [[ekuinoks]] astronomi adalah lebih cepat daripada tahun Julian sebanyak lebih kurang 11 minit setahun, dan mengakibatkan takwim Julian memperoleh satu hari tambahan setiap 134 tahun. Sedangkan [[Hipparchus (ahli astronomi)|Hipparchus]] dan barangkali juga [[Sosigenes]] sedar akan percanggahan ini, walaupun bukan nilainya yang tetap, mereka jelas berasa bahawa ini tidak beberapa penting. Bagaimanapun, percanggahan tersebut berkumpul dengan berlalunya masa dan akhirnya menyebabkan pembaharuan pada tahun [[1582]] yang menggantikan takwim Julius dengan takwim Gregory yang lebih tepat.
 
== Reformasi Julian ==
 
 
Sebelum takwim baru dikuatkuasakan, hari pertama untuk tahun takwim ([[1 Januari]]) diselaraskan dengan tahun tropika melalui membuat tahun [[46 SM]] mempunyai 445 hari. Bulan-bulan Julian dibentuk dengan menambahkan 10 hari kepada tahun Rom pra-Julian yang mempunyai 355 hari. Dua hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan-bulan Januari, Julai, dan Disember, dan satu hari tambahan dimasukkan ke dalam bulan-bulan April, Jun, September, dan November. Macrobius menyatakan bahawa hari-hari tambahan disisipkan sejurus sebelum hari terakhir setiap bulan untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap hari-hari ''fasti'' Rom (hari yang ditetapkan untuk peristiwa-peristiwa tertentu). Bagaimanapun, oleh sebab hari-hari selepas hari [[Takwim Rom#Bulan|Ides]] (iaitu hari ke-15 untuk bulan-bulan Mac, Mei, Julai, dan Oktober, serta hari ke-13 untuk bulan-bulan yang lain dalam takwim Rom) dibilang bawah (iaitu dengan angka-angka yang semakin kecil) sehingga bulan berikut, hari-hari tambahan tersebut meningkatkan nilai angka-angka hari selepas Ides pada setiap bulan.
 
[[Bulan interkalari]] yang lama dibatalkan. Hari lompat yang baru pada asalnya disisipkan selepas [[24 Februari]] (iaitu a.d. VI Kal. Mar. menurut takwim Rom), kerana hari ini ialah hari yang bulan-bulan interkalari diselitkan dalam takwim pra-Julius. Hari lompat ini diambil kira sebagai pelanjutan hari "a.d. VI bis Kal. Mar." menjadi 48 jam. Bagaimanapun, ketika hari-hari dalam setiap bulan dinomborkan mengikut susunan nombor berturutan, hari lompat dijadikan hari terakhir untuk bulan Februari dalam tahun-tahun lompat, iaitu [[29 Februari]].
 
== Lihat juga ==
* [[Hari Julian]]
* [[Tahun Julian (astronomi)]]
Baris 22:
* [[Tarikh Gaya Lama dan Gaya Baru]]
 
== Pautan luar ==
* [http://webexhibits.org/calendars/index.html Laman web ''WebExhibits'': Takwim-takwim dari zaman ke zaman]
*[http://www.tondering.dk/claus/calendar.html Soalan Lazim Takwim]
* [http://www.tyndale.cam.ac.uk/Egypt/ptolemies/chron/roman/chron_rom_cal.htm Tarikh-tarikh Rom]
* [http://penelope.uchicago.edu/~grout/encyclopaedia_romana/calendar/romancalendar.html Takwim Rom]
* [http://5ko.free.fr/en/jul.php Takwim Julius-Gregory Sinoptik] – membandingkan takwim Julius dan takwim Gregory antara tahun 1582 dan tahun 2100, dengan menggunakan rujukan sebelah-menyebelah
* [http://www.guernsey.net/~sgibbs/roman.html Pertukaran tarikh]
* [http://www.fourmilab.ch/documents/calendar/#juliancalendar Penukar Takwim] — menukarkan tarikh antara takwim-takwim, umpamanya, takwim Gregory, Julius, Maya, Parsi, dan Ibrani
 
 
Baris 40:
[[az:Yuli təqvimi]]
[[id:Kalender Julian]]
[[jv:Kalèndher Julian]]
[[be-x-old:Юліянскі каляндар]]
[[bs:Julijanski kalendar]]
Baris 61 ⟶ 62:
[[gl:Calendario xuliano]]
[[ko:율리우스력]]
[[hi:जूलियन कैलंडरकैलेंडर]]
[[hr:Julijanski kalendar]]
[[io:Juliana kalendario]]