Idah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sahabat69 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Fiqh-Perkahwinan}}
'''Iddah''' ({{lang-ar|العدة}}; ''tempoh menunggu'') ialah suatu tempoh [[masa]] yang dilalui oleh seseorang [[perempuan]] selepas [[perceraian dalam Islam|perceraian]] atau [[kematian]] suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan [[rahim]]nya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami [[haid]]. Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dulu adalah tiga kali datang bersih kitaran [[haid]] dan [[wanita]] yang sesudah meninggalnya suaminya tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari .
 
Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.
 
'''Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.
'''
'''Jenis-Jenis Iddah'''
 
Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
 
a) '''Iddah Raj’ie''' iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.
 
b) '''Iddah Bain''' iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akaq nikah yang baru. Ia merangkumi :
 
1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi
 
Iddah Perempuan Yang Diceraikan
 
Iddah bercerai masa hidup
 
1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan
3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
 
Iddah bagi perempuan kematian suami
 
1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari
2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
 
 
'''TIPS TAMBAHAN'''
 
# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada iddah kematian suami.
 
# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.
 
# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.
 
# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.
 
 
'''Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan'''
 
a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah
 
b) Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :
 
1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya
 
 
'''TIPS TAMBAHAN'''
 
* Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal.
 
====RUJUKAN====
 
http://www.tayibah.com/eIslam/iddah.htm
 
[[Kategori:Munakahat]]