Kampung Seberang Tuan Chik Haji: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kampung Seberang Tuan Chik Haji''' ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di [[Kuala Nerus]], di tepi [[Sungai Terengganu]], [[Terengganu]]. Kampung ini dinamakan Seberang Tuan Chik Haji kerana terpisah dengan sungai Terengganu untuk menghubungkan bandar [[Kuala Terengganu]].Nama sebenar Tuan Chik Haji adalah Syed Ahmad Al-Idrus. Selain itu kebanyakan penduduk awal di sini merupakan para saudagar dari Timur Tengah yang berdagang di Tanah Melayu kemudian menyusur ke negeri Terengganu dan menetap di pinggir Sungai Terengganu. Mereka berkahwin dengan orang tempatan dan beranak pinak dan kebanyakan mereka mempunyai pangkat Syed dan Tuan di hadapan nama mereka.Kebanyakan keturunan Syed/Tuan disini bermarga Al-Khirid dan Al-Idrus.
 
Kampung ini terletak bersebelahan dengan Kampung Pengkalan Tuan Chik (Tuan Chik disini dirujuk kepada gelaran Tuan Chik Misai iaitu adik ipar kepada Tuan Chik Haji), kampung Bukit Tumbuh, Kg Bt Kandis, Kg Serdang Baru dan Kg Pengkalan Batu di bawah jajahan Kg Bukit Tunggal. Kampung ini betul-betul terletak di sebelah kiri Jambatan Sultan Mahmud sekiranya dari bandar Kuala Terengganu selepas menyusuli tapak tol jambatan tersebut yang berada di atas Pulau Hajjah Siah.
 
Punca utama pendapatan penduduk disini ialah menjadi [[nelayan]] dan [[pertanian|petani]] di awal penempatan. Kini kehidupan sudah berubah hanya segelintir yang masih meneruskan kerja-kerja tradisi ini iaitu menjadi nelayan dan petani. Kebanyakan nelayan disini mencari rezeki di laut dalam dengan cara memancing. Mereka juga menawarkan pakej kepada kaki-kaki pancing dan aktiviti mencadang sotong bila musim sotong menjelma.