Gereja Ortodoks Timur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Kristian}}
'''Gereja Kristian Ortodoks Timur''' atau '''Kristian Ortodoks''' adalah salah satu mazhab dalam agama [[Kristian]]. Terdapat 250 juga penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka tinggal di [[Rusia]], [[Greece]], [[Eropah Timur]] dan [[Timur Tengah]]. Mereka juga terdapat di seluruh dunia termasuk di [[Jepun]] dan [[Indonesia]].
 
== Maksud Ortodoks ==
Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku [[Pemisahan Timur-Barat]] pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rome.
 
Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain.
 
== Sejarah ==
Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja [[Empayar Byzantine|Byzantine]]. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu [[Jerusalem]], [[Alexandria]], [[Antioch]], [[Rome]] dan [[Constantinople|Konstantinople]] mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya [[Empayar Rom]] di barat kepada bangsa german mengakibatnya terputusnya komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
 
Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople [[pengucilan|mengucilkan]] (''excommunicate'') Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua Gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.
 
[[Kategori:Kristian|Ortodoks Timur]]