Perbezaan antara semakan "PostScript"

49 bait ditambah ,  11 tahun lalu
 
 
Kebanyakan ''[[Operator (pengaturcaraan)|operator]]'' (yang diistilahkan sebagai ''fungsi'' dalam bahasa yang lain) mengambil [[Argumen (matematik)|argumen]] daripada tindanan dan meletakkan hasilnya ke dalam tindanan. ''[[Literal (sains komputer)|Literal]]'' (misalnya, nombor) mempunyai kesan meletakkan satu salinan diri ke dalam tindanan. Struktur data yang canggih boleh membina pada jenis ''[[tatasusunan]]'' dan ''kamus'' tetapi tidak boleh diisytiharkan kepada sistem jenis yang melihat kesemuanya hanya sebagai tatasusunan dan kamus dan jestera, sebarang disiplin penjenisan yang lanjut yang dikenakan pada "jenis" tertakrif pengguna sebegini ditinggalkan kepada kod yang melaksanakannya.
 
Aksara "%" digunakan untuk memasukkan ulasan dalam atur cara PostScript. Sebagai kelaziman umum, setiap atur cara PostScript perlu bermula dengan aksara "%!" supaya semua peranti akan mentafsirkannya dengan betul sebagai PostScript.