Seladang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
'''Seladang''' (''Bos gaurus'', dahulu ''Bibos gauris'') ialah sejenis [[haiwan]] [[bovin]] yang besar dan berbulu warna gelap di [[Asia Selatan]] dan [[Asia Tenggara]]. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di [[India]]. Seladang ialah [[spesies]] [[lembu]] liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada [[Kerbau Afrika|Kerbau Tanjung]], [[Kerbau Air Liar Asia]], dan [[bison]]. Dalam konteks [[pelancongan safari]], ia dikenali sebagai '''bison India''', akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk [[Pembelajinakan|bela jinak]] Seladang dikenali sebagai '''gayal''' atau '''mithun'''.
 
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada [[dahi]] di antara [[tanduk]]nya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat [[gelambir]] yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara. Bulu Seladang jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.<ref name=lydekker>Lydekker, R. (1893-96) Royal Natural History. Volume 2</ref>
 
Seladang jantan dewasa berwarna [[Perang (warna)|perang]] gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga [[tengkuk]] berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawa kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.<ref name=lydekker>Lydekker, R. (1893-96) Royal Natural History. Volume 2</ref> Warnah Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Warna tanduknya hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.<ref name=lydekker/>
In colour the adult male gaur is dark brown, approaching black in very old individuals; the upper part of the head, from above the eyes to the nape of the neck, is, however, ashy gray, or occasionally dirty white; the muzzle is pale coloured, and the lower part of the legs pure white. The cows and young bulls are paler, and in some instances have a rufous tinge, which is most marked in individuals inhabiting dry and open districts. The colour of the horns is some shade of pale green or yellow throughout the greater part of their length, but the tips are black.<ref name=lydekker/>
<br /><br />