Seladang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada [[dahi]] di antara [[tanduk]]nya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat [[gelambir]] yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
 
Seladang [[jantan]] dewasa berwarna antara [[Perang (warna)|perang]] gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga [[tengkuk]] berwarna [[kelabu]] atau kekadangnya putih kotor. [[Muncung]] Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawabawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.<ref name=lydekker>Lydekker, R. (1893-96) Royal Natural History. Volume 2</ref> WarnahSebaliknya, warna Seladang [[betina]] dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. WarnaTanduk tanduknyaSeladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.<ref name=lydekker/>
<br /><br />