Perbezaan antara semakan "Bahasa perantaraan antarabangsa"

tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Bahasa perantaraan antarabangsa''' ({{lang-en|international auxiliary language}}, singkatan '''IAL''' atau '''auxlang''') atau bahasa antara ialah [[bahasa]...')
 
Bahasa-bahasa dari masyarakat yang lebih berkuasa selama berabad-abad lamanya telah berperanan sebagai bahasa perantaraan, yang adakalanya menghampiri peringkat antarabangsa. [[Bahasa Perancis]] dan [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] dijadikan bahasa perantaraan di merata dunia pada masa kini.<ref name="bodmer_pei">Bodmer, Lancelot. ''The loom of language'' and Pei, Mario. ''One language for the world.''</ref> Sungguhpun demikian, disebabkan hubung kait dengan dominasi kebudayaan, politik dan ekonomi yang menjulang martabatnya, maka bahasa-bahasa tersebut turut menghadapi tentangan hebat dari masyarakat bukan penutur bahasa tersebut. Oleh yang demikian, ramai yang mencadangkan rekaan [[bahasa buatan]] sebagai penyelesaian.<ref name="bodmer_pei"/>
 
Istilah "''auxiliary''" membayangkan peranan sebagai bahasa tambahan untuk masyarakat sedunia, tanpa niat untuk menggantikan bahasa setempat masing-masing. Ungkapan IAL juga diterjemah menjadi "bahasa buatan antarabangsa" yang memaksudkan bahasa buatan yang bertujuan memudahkan komunikasi antarabangsa sedunia, seperti bahasa-bahasa [[Esperanto]], [[Ido]], dan [[Interlingua]]. Walaupun begitu, ungkapan tersebut juga memaksudkan konsep bahasa sedemikian yang ditentukan melalui kata sepakat antarabangsa, termasuklah penyeragaman bahasa semula jadi (contohnya, [[Bahasa Inggeris Antarabangsa]]), apatah lagi juga dikaitkan dengan projek penciptaan [[bahasa sejagat]].
 
==Rujukan==
[[cs:Mezinárodní pomocný jazyk]]
[[el:Διεθνής γλώσσα]]
[[en:International auxiliary language]]
[[es:Lengua auxiliar]]
[[eo:Internacia planlingvo]]
Pengguna awanama