Noordin Mohammad Top: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
==Noordin berjaya ditembak==
Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di [[Solo]], [[Jawa Tengah]] berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke [[Kluang]], [[Johor]], pada 1 Oktober 2009. Noordin diburu selama 9 tahun dari tahun 2000-2009 selepas [[Serangan 91111 September 2001|peristiwa 911]]. Jenazah disimpan sementara di [[Hospital Polis Kramat Jati]]. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun.
 
Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=442360 Jenazah Noordin Mohd Top Dibawa Ke Malaysia 1 Okt]</ref> Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu. <ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=441145 Polis Indonesia Sahkan Noordin Mohd Top Ditembak Mati]</ref>