Noordin Mohammad Top: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 38:
 
Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah [[Bagus Budi Pranoto]] @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan [[Ario Sudarso]] @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr [[Azahari Husin]].Wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=441196 Polis Indonesia Hubungi Kedutaan Malaysia Berhubung Urusan Jenazah Noordin]</ref>
 
Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di [[Pasar Gading]], [[Solo]] pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di [[Bekasi]]. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.
 
Putri Munawaroh adalah isteri Hadi Susilo @ Adib dan mereka menyewa rumah di Kepuhsari. Hadi Susilo turut maut dalam serbuan sementara Putri Munawaroh ditembak di paha kiri . Wanita hamil ini diterbangkan ke Hospital Polis Nasional Kramat Jati, Jakarta Timur.Munawaroh mengandung 22 minggu. Munawaroh dan suaminya menyediakan rumah untuk menyembunyikan Noordin dan lain-lain.Mereka juga menyediakan bahan letupan.
 
Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan [[Solo]]. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di [[Kudus]]. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di [[Purbalingga]]. <ref>[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090927051620/Article/index_html Indonesia dedah tali barut Noordin]</ref>
 
== Rujukan ==